Tajuk : AWAS, Kejara Mula Diimplementasikan – 2 Daripada 21 Kesalahan Akan Dikenakan Tindakan Terlebih Dahulu
link : AWAS, Kejara Mula Diimplementasikan – 2 Daripada 21 Kesalahan Akan Dikenakan Tindakan Terlebih Dahulu
AWAS, Kejara Mula Diimplementasikan – 2 Daripada 21 Kesalahan Akan Dikenakan Tindakan Terlebih Dahulu
Mulai 1 April lalu, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) telah pun diimplementasikan di seluruh negara. Walau bagaimana pun, buat masa ini hanya dua daripada 21 kesalahan yang akan dikenakan tindakan oleh sistem berkenaan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron, dua kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah, laporan Bernama.
“Antara kesalahan lain ialah memandu di bawah pengaruh alkohol dan memandu melebihi had muatan bagi kenderaan perdagangan,” katanya kepada pihak media Sabtu lalu.
Nadzri menjelaskan dua mata demerit akan dikenakan kepada pemandu kenderaan persendirian, manakala enam mata dikenakan bagi pemandu kenderaan perdagangan jika memandu melebihi had laju yang dirakam menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
“Selepas mencapai 20 mata demerit kita akan menggantung lesen pemandu berkenaan selama enam bulan dan selepas itu jika mata demerit mencecah 40, lesen tersebut akan digantung selama lapan bulan dan seterusnya berdepan tindakan pembatalan lesen,” katanya.
Nadzri berkata pihaknya akan berusaha untuk memastikan gabungan AWAS dan KEJARA dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
“Buat masa ini kita kena didik rakyat, bagi kesedaran mengenai dua kesalahan pertama itu terlebih dahulu…kerana sistem ini dilaksanakan bukan untuk menyusahkan rakyat,” katanya.
Bulan lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata melalui pelaksanaan gabungan AWAS dan KEJARA itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Katanya kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nQCXef✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Mulai 1 April lalu, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) telah pun diimplementasikan di seluruh negara. Walau bagaimana pun, buat masa ini hanya dua daripada 21 kesalahan yang akan dikenakan tindakan oleh sistem berkenaan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron, dua kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah, laporan Bernama.
“Antara kesalahan lain ialah memandu di bawah pengaruh alkohol dan memandu melebihi had muatan bagi kenderaan perdagangan,” katanya kepada pihak media Sabtu lalu.
Nadzri menjelaskan dua mata demerit akan dikenakan kepada pemandu kenderaan persendirian, manakala enam mata dikenakan bagi pemandu kenderaan perdagangan jika memandu melebihi had laju yang dirakam menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
“Selepas mencapai 20 mata demerit kita akan menggantung lesen pemandu berkenaan selama enam bulan dan selepas itu jika mata demerit mencecah 40, lesen tersebut akan digantung selama lapan bulan dan seterusnya berdepan tindakan pembatalan lesen,” katanya.
Nadzri berkata pihaknya akan berusaha untuk memastikan gabungan AWAS dan KEJARA dilaksanakan
“Buat masa ini kita kena didik rakyat, bagi kesedaran mengenai dua kesalahan pertama itu terlebih dahulu…kerana sistem ini dilaksanakan bukan untuk menyusahkan rakyat,” katanya.
Bulan lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata melalui pelaksanaan gabungan AWAS dan KEJARA itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Katanya kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nQCXef✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara AWAS, Kejara Mula Diimplementasikan – 2 Daripada 21 Kesalahan Akan Dikenakan Tindakan Terlebih Dahulu
Kini anda membaca artikel AWAS, Kejara Mula Diimplementasikan – 2 Daripada 21 Kesalahan Akan Dikenakan Tindakan Terlebih Dahulu dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/04/awas-kejara-mula-diimplementasikan-2.html
0 Response to "AWAS, Kejara Mula Diimplementasikan – 2 Daripada 21 Kesalahan Akan Dikenakan Tindakan Terlebih Dahulu"
Catat Ulasan