Tajuk : Wozniacki Mara Ke Final Terbuka Miami
link : Wozniacki Mara Ke Final Terbuka Miami
Wozniacki Mara Ke Final Terbuka Miami
CAROLINE Wozniacki (kiri) tewaskan Karolina Pliskova 5-7, 6-1, 6-1, awal pagi tadi. – Foto EPA
MIAMI: Caroline Wozniacki menempah tiket final WTA Terbuka Miami selepas menewaskan pilihan kedua dari Republik Czech, Karolina Pliskova 5-7, 6-1, 6-1, awal pagi tadi.
Pemain kelahiran Denmark itu yang tidak pernah beraksi di pentas final Miami dijadual bertemu pemenang dalam satu lagi aksi separuh akhir membabitkan jaguh tuan rumah, Venus Williams dan pemain Britain, Johanna Konta.
Pliskova yang membuka kempen tahun ini dengan kemenangan di Doha dan Brisbane, turut tersingkir di peringkat separuh akhir di Indian Wells, dua minggu lalu walaupun prestasinya di awal permainan tampak menyerlah.
Pada set pertama, Pliskova berjaya mematahkan servis Wozniacki dan sekalipun bekas pemain nombor satu dunia itu berjaya bangkit dan pada kedudukan 5-4 serta mempunyai tiga mata akhir, pemain Republik Czech berkenaan tetap berjaya mencatat kemenangan.
Begitupun, Wozniacki tampak tidak begitu terganggu dengan kekalahan set pertama itu apabila menang dua set berikutnya, sekali gus menempah penampilan ketiga di pentas final pada tahun ini.
“Saya tidak pasti bagaimana saya dapat melakukannya,” kata Wozniacki. “Ia sukar apabila kamu tewas set pertama, terutama ketika mata akhir, ia mengganggu kamu sedikit.
“Tetapi, saya mendapat permulaan yang baik pada set kedua dan ia mengujakan saya, meningkatkan lagi semangat saya.”
Pada dua final yang diharunginya tahun ini, kedua-duanya pada Februari lalu, Wozniacki tewas kepada Pliskova di Doha, selain kecundang kepada pemain Ukraine, Elina Svitolina di Dubai.
Pliskova yang memulakan kempen tahun ini dengan kemenangan di Brisbane mengakui tetap positif sekalipun dipalit dua kekalahan di pentas separuh akhir dalam tempoh sebulan.
“Saya positif. Saya memenangi banyak perlawanan tahun ini. Saya tidak boleh terlalu bersedih, tetapi jelas saya kecewa dengan dua kekalahan di separuh akhir terutama apabila fikir saya boleh memenanginya.” – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2noYHes✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
CAROLINE Wozniacki (kiri) tewaskan Karolina Pliskova 5-7, 6-1, 6-1, awal pagi tadi. – Foto EPA
MIAMI: Caroline Wozniacki menempah tiket final WTA Terbuka Miami selepas menewaskan pilihan kedua dari Republik Czech, Karolina Pliskova 5-7, 6-1, 6-1, awal pagi tadi.
Pemain kelahiran Denmark itu yang tidak pernah beraksi di pentas final Miami dijadual bertemu pemenang dalam satu lagi aksi separuh akhir membabitkan jaguh tuan rumah, Venus Williams dan pemain Britain, Johanna Konta.
Pliskova yang membuka kempen tahun ini dengan kemenangan di Doha dan Brisbane, turut tersingkir di peringkat separuh akhir di Indian Wells, dua minggu lalu walaupun prestasinya di awal permainan tampak menyerlah.
Pada set pertama, Pliskova berjaya mematahkan servis Wozniacki dan sekalipun bekas pemain nombor satu dunia itu berjaya bangkit dan pada kedudukan 5-4 serta mempunyai tiga mata akhir, pemain Republik Czech berkenaan tetap berjaya mencatat kemenangan.
Begitupun, Wozniacki tampak tidak begitu terganggu dengan kekalahan set pertama itu apabila menang dua set berikutnya, sekali gus menempah penampilan ketiga di pentas final pada tahun ini.
“Saya tidak pasti bagaimana saya dapat melakukannya,” kata Wozniacki.
“Tetapi, saya mendapat permulaan yang baik pada set kedua dan ia mengujakan saya, meningkatkan lagi semangat saya.”
Pada dua final yang diharunginya tahun ini, kedua-duanya pada Februari lalu, Wozniacki tewas kepada Pliskova di Doha, selain kecundang kepada pemain Ukraine, Elina Svitolina di Dubai.
Pliskova yang memulakan kempen tahun ini dengan kemenangan di Brisbane mengakui tetap positif sekalipun dipalit dua kekalahan di pentas separuh akhir dalam tempoh sebulan.
“Saya positif. Saya memenangi banyak perlawanan tahun ini. Saya tidak boleh terlalu bersedih, tetapi jelas saya kecewa dengan dua kekalahan di separuh akhir terutama apabila fikir saya boleh memenanginya.” – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2noYHes✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Wozniacki Mara Ke Final Terbuka Miami
Kini anda membaca artikel Wozniacki Mara Ke Final Terbuka Miami dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/wozniacki-mara-ke-final-terbuka-miami.html
0 Response to "Wozniacki Mara Ke Final Terbuka Miami"
Catat Ulasan