Loading...

Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng

Loading...
Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng
link : Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng

lihat juga


Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pelaburan dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu rakan berhubung tender membekalkan baju celoreng digital untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Pertahanan, dua tahun lepas.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Shamsuzy Mahazan, 30, dan memerintahkan wanita itu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Feb 2017.

Shamsuzy iaitu Pengarah Tenaga Kayangan Sdn Bhd, telah menipu sehingga mendorong rakannya yang merupakan ahli perniagaan Norhemina Juliana Abd Rashid, 30, menyerahkan wang tunai RM500,000 kepadanya.

Dia melakukan perbuatan itu di Maybank Menara Perkeso, Dang Wangi antara 3 Sept hingga 21 Okt 2015, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, mangsa telah dimaklumkan oleh tertuduh bahawa syarikat miliknya memperoleh kontrak membekalkan baju celoreng digital ATM daripada Kementerian Pertahanan tetapi tidak mempunyai modal yang cukup untuk dibayar kepada kilang memproses pakaian tersebut.

Tertuduh telah menawarkan projek berkenaan kepada mangsa dan berjanji mendapat pulangan sehingga 100 peratus daripada jumlah wang pelaburan bagi setiap helaian baju.

Mangsa berjaya mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dibuat pada peringkat pertama hingga ke-24, dan mangsa kemudiannya membuat bayaran menerusi lima transaksi bermula 3 Sept hingga 21 Okt 2015 bagi pelaburan peringkat ke-25 melibatkan wang sebanyak RM500,000.

Bagaimanapun mangsa tidak memperoleh sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan serta mangsa juga gagal menghubungi tertuduh.

Hasil siasatan mendapati syarikat Tenaga Kayangan Sdn Bhd telah didaftarkan atas nama tertuduh tetapi Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa syarikat berkenaan tidak berdaftar atau mempunyai tender berkaitan pembekalan baju celoreng digital ATM.

Peguam Zulkifli Awang yang mewakili wanita itu memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya yang mempunyai seorang anak berusia lapan tahun adalah penanggung tunggal keluarga, dan ini adalah kesalahan pertamanya selain dia juga telah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kerana kesalahan menipu merupakan kesalahan serius.

“Tertuduh juga menipu dengan tender baju celoreng digital iaitu satu isu sensitif melibatkan angkatan tentera kerana pakaian itu merupakan pakaian kebanggaan mereka,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSTtqR

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pelaburan dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu rakan berhubung tender membekalkan baju celoreng digital untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Pertahanan, dua tahun lepas.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Shamsuzy Mahazan, 30, dan memerintahkan wanita itu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Feb 2017.

Shamsuzy iaitu Pengarah Tenaga Kayangan Sdn Bhd, telah menipu sehingga mendorong rakannya yang merupakan ahli perniagaan Norhemina Juliana Abd Rashid, 30, menyerahkan wang tunai RM500,000 kepadanya.

Dia melakukan perbuatan itu di Maybank Menara Perkeso, Dang Wangi antara 3 Sept hingga 21 Okt 2015, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, mangsa telah dimaklumkan oleh tertuduh bahawa syarikat miliknya memperoleh kontrak membekalkan baju celoreng digital ATM daripada Kementerian Pertahanan tetapi tidak mempunyai modal yang cukup untuk dibayar kepada kilang memproses pakaian tersebut.

Tertuduh telah menawarkan projek berkenaan kepada mangsa dan berjanji mendapat pulangan sehingga 100 peratus daripada jumlah wang pelaburan bagi setiap helaian

Loading...
baju.

Mangsa berjaya mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dibuat pada peringkat pertama hingga ke-24, dan mangsa kemudiannya membuat bayaran menerusi lima transaksi bermula 3 Sept hingga 21 Okt 2015 bagi pelaburan peringkat ke-25 melibatkan wang sebanyak RM500,000.

Bagaimanapun mangsa tidak memperoleh sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan serta mangsa juga gagal menghubungi tertuduh.

Hasil siasatan mendapati syarikat Tenaga Kayangan Sdn Bhd telah didaftarkan atas nama tertuduh tetapi Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa syarikat berkenaan tidak berdaftar atau mempunyai tender berkaitan pembekalan baju celoreng digital ATM.

Peguam Zulkifli Awang yang mewakili wanita itu memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya yang mempunyai seorang anak berusia lapan tahun adalah penanggung tunggal keluarga, dan ini adalah kesalahan pertamanya selain dia juga telah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kerana kesalahan menipu merupakan kesalahan serius.

“Tertuduh juga menipu dengan tender baju celoreng digital iaitu satu isu sensitif melibatkan angkatan tentera kerana pakaian itu merupakan pakaian kebanggaan mereka,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSTtqR

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



dengan itu Perkara Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng

yang semua artikel Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/wanita-dipenjara-empat-tahun-tipu-rakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wanita Dipenjara Empat Tahun Tipu Rakan Bekal Baju Celoreng"

Catat Ulasan

Loading...