Loading...

UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa

Loading...
UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa
link : UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa

lihat juga


UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa

JERLUN: UMNO merupakan sebuah parti yang ‘payah mati’ kerana memiliki DNA dan baka tersendiri yang cukup kuat, berbeza dengan parti-parti politik lain, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau memberi contoh parti PAS yang lahir daripada UMNO, Parti Amanah (pecahan daripada PAS), Semangat 46 (lahir daripada UMNO), DAP (pecahan daripada Parti Tindakan Rakyat Singapura) dan Parti Keadilan Rakyat (pecahan UMNO).

Jelas Annuar, UMNO pula tanpa lahir atau pun tumbuh dari ranting lain, wujud setelah 446 tahun bangsa Melayu hidup dalam suasana tidak bersatu, tiada kerajaan dan dalam suasana dijajah selama tujuh keturunan.

“Tujuh keturunan bangsa, agama dan tanah air kita tidak mempunyai tempat kebergantungan, kesedaran tujuh keturunan yang akhirnya menzahirkan pemikiran untuk kita bersatu dan menubuhkan wadah politik.

“Ini bukan sembarangan parti, bukan serpihan, bukan lahir dari rasa tidak puas hati, kalah bertanding atau kena buang, tapi lahir secara fitrah dan semula jadi, datang dari hati nurani rakyat yang tujuh keturunan tidak bergabung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya sempena Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan seluruh negeri Kedah di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dalam pada itu, Annuar mahu semua kepimpinan UMNO cawangan dan bahagian di negeri ini mempertahankan Kedah di bawah pimpinan Barisan Nasional memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kedah sebagai jantung UMNO Malaysia.

“Kedah adalah lubuk UMNO yang punya sejarah tersendiri, Kedah ada keistimewaan tersendiri,” katanya dan menambah, pemimpin parti perlu berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada parti, pemimpin, persahabatan, perjuangan dan pengundi.

Dalam sidang media selepas itu, Annuar berkata UMNO tidak boleh memandang ringan dan mudah terhadap kewujudan parti-parti baharu walaupun senario itu sebenarnya membuatkan Najib dan BN bertambah kuat.

“Kita dalam parti tidak pernah memandang remeh kerana walaupun seekor nyamuk mungkin kita tidak boleh tidur satu malam, kita guna ancaman untuk membina antibodi UMNO, kita semua bertambah kuat sebab kita memandang ancaman parti lain,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjasama Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), anggota Parlimen Ketereh itu berkata fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa PPBM sejak lahir lagi sudah diasuh dan diberi semangat oleh DAP.

“Jadi kalau nak isytihar nak berpakat dengan DAP tak ada yang menarik pun, PPBM tiada sebarang kekuatan dan rakyat boleh baca perkara ini,” katanya.

Pada 14 Mac lepas PPBM melalui Tun Dr Mahathir mengumumkan keinginan untuk bekerjasama secara rasmi dengan Pakatan Harapan namun meletakkan beberapa syarat termasuk menukar nama pakatan pembangkang itu. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mTKhnj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

JERLUN: UMNO merupakan sebuah parti yang ‘payah mati’ kerana memiliki DNA dan baka tersendiri yang cukup kuat, berbeza dengan parti-parti politik lain, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau memberi contoh parti PAS yang lahir daripada UMNO, Parti Amanah (pecahan daripada PAS), Semangat 46 (lahir daripada UMNO), DAP (pecahan daripada Parti Tindakan Rakyat Singapura) dan Parti Keadilan Rakyat (pecahan UMNO).

Jelas Annuar, UMNO pula tanpa lahir atau pun tumbuh dari ranting lain, wujud setelah 446 tahun bangsa Melayu hidup dalam suasana tidak bersatu, tiada kerajaan dan dalam suasana dijajah selama tujuh keturunan.

“Tujuh keturunan bangsa, agama dan tanah air kita tidak mempunyai tempat kebergantungan, kesedaran tujuh keturunan yang akhirnya menzahirkan pemikiran untuk kita bersatu dan menubuhkan wadah politik.

“Ini bukan sembarangan parti, bukan serpihan, bukan lahir dari rasa tidak puas hati, kalah bertanding atau kena buang, tapi lahir secara fitrah dan semula jadi, datang dari hati nurani rakyat yang tujuh keturunan tidak bergabung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya sempena Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan seluruh negeri Kedah di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dalam pada itu, Annuar mahu semua kepimpinan UMNO cawangan dan bahagian di negeri ini mempertahankan Kedah di bawah pimpinan Barisan Nasional memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kedah sebagai jantung UMNO Malaysia.

“Kedah adalah lubuk UMNO yang punya sejarah tersendiri, Kedah ada

Loading...
keistimewaan tersendiri,” katanya dan menambah, pemimpin parti perlu berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada parti, pemimpin, persahabatan, perjuangan dan pengundi.

Dalam sidang media selepas itu, Annuar berkata UMNO tidak boleh memandang ringan dan mudah terhadap kewujudan parti-parti baharu walaupun senario itu sebenarnya membuatkan Najib dan BN bertambah kuat.

“Kita dalam parti tidak pernah memandang remeh kerana walaupun seekor nyamuk mungkin kita tidak boleh tidur satu malam, kita guna ancaman untuk membina antibodi UMNO, kita semua bertambah kuat sebab kita memandang ancaman parti lain,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjasama Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), anggota Parlimen Ketereh itu berkata fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa PPBM sejak lahir lagi sudah diasuh dan diberi semangat oleh DAP.

“Jadi kalau nak isytihar nak berpakat dengan DAP tak ada yang menarik pun, PPBM tiada sebarang kekuatan dan rakyat boleh baca perkara ini,” katanya.

Pada 14 Mac lepas PPBM melalui Tun Dr Mahathir mengumumkan keinginan untuk bekerjasama secara rasmi dengan Pakatan Harapan namun meletakkan beberapa syarat termasuk menukar nama pakatan pembangkang itu. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mTKhnj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



dengan itu Perkara UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa

yang semua artikel UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/umno-payah-mati-miliki-dana-dan-baka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UMNO Payah Mati, Miliki Dana Dan Baka Tersendiri – Annuar Musa"

Catat Ulasan

Loading...