Loading...

Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara

Loading...
Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara
link : Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara

lihat juga

Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bersara wajib hari ini setelah berkhidmat selama 25 tahun dalam badan kehakiman negara.

Sempena persaraannya itu, Arifin berkata beliau telah melaksanakan empat janji yang dibuatnya semasa dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Ke-13 pada 12 Sept 2011.

Empat janji itu adalah menjadikan mediasi sebagai komponen teras dalam sistem kehakiman, latihan perundangan berterusan kepada hakim dan pegawai kehakiman, Kaedah-kaedah Mahkamah Digabungkan yang memudahkan prosedur sivil di mahkamah serta menaikkan bidang kuasa Mahkamah Sivil.

“Saya bersyukur kerana badan kehakiman telah meningkatkan prestasinya. Saya percaya badan kehakiman dapat meningkatkan lagi prestasinya di bawah pimpinan pengganti saya,” katanya semasa berucap pada majlis persaraannya di Istana Kehakiman di sini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberinya penghormatan untuk menerajui badan kehakiman lebih lima tahun.

Arifin kemudian beramah mesra dan bersalaman dengan kakitangan kehakiman serta anggota polis lelaki dan wanita.

Beliau juga dilihat mengalirkan air mata semasa memeluk Hakim Besar Malaya  Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff sebelum meninggalkan bangunan Istana Kehakiman.

Tahun lepas, perkhidmatan Arifin, yang akan mencecah usia 67 tahun pada 1 Okt ini, dilanjutkan selama enam bulan.

Usia persaraan bagi hakim ialah 66 tahun.

Arifin, yang berasal dari Kelantan, mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Robiah Abd Kadir dan dikurniakan lima cahaya mata.

Arifin menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai undang-undang di Jabatan Perdana Menteri kira-kira 42 tahun lepas sebelum menjadi Majistret pada 1976.

Beliau merupakan Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada 1988 sebelum menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 dan Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002, Hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005 dan Hakim Besar Malaya pada 2008.

Pada 12 Sept 2011, beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara bagi menggantikan Tun Zaki Azmi.

Menurut sumber-sumber, Md Raus, 66, bakal menggantikan Arifin berikutan kedudukannya dalam senarai kekananan badan kehakiman.

Mengikut hieraki, beliau adalah Hakim Mahkamah Persekutuan yang paling kanan diikuti Zulkefli dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum. — Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nqEOUy

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

Usia persaraan bagi hakim ialah 66

Loading...
tahun.

dengan itu Perkara Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara

yang semua artikel Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/tun-arifin-zakaria-bersara-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Arifin Zakaria Bersara Sebagai Ketua Hakim Negara"

Catat Ulasan

Loading...