Loading...
Tajuk : Tony Pua: Najib "Perlu Tampil" Di Parlimen, Jawab Isu RM2.6 Bilion !
link : Tony Pua: Najib "Perlu Tampil" Di Parlimen, Jawab Isu RM2.6 Bilion !
Tony Pua: Najib "Perlu Tampil" Di Parlimen, Jawab Isu RM2.6 Bilion !
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu tampil di Dewan Rakyat bagi memberikan penjelasan berhubung isu wang RM2.6 bilion.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Wee berkata, Dewan Rakyat seharusnya membenarkan pertanyaan lisan dikemukakan supaya tidak timbul kekeliruan mengenainya dan bukan menolak dengan alasan ia “sangkaan”.
“Kita masih ingat Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali, ada membuat kenyataan media mengumumkan Perdana Menteri tidak melakukan kesalahan dan wang itu adalah sumbangan daripada kerabat Diraja Arab Saudi.
“Saya inginkan penjelasan Perdana Menteri sama ada Peguam Negara masih berpegang dengan pendirian itu atau telah menukar fikiran dengan tidak mahu menjawab pertanyaan saya bahawa ia adalah dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Satu lagi kenapa Perdana Menteri sendiri tidak berani hadir ke Parlimen untuk menafikan wang itu dari 1MDB,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Tony Pua menyentuh perkara itu berikutan keputusan Dewan Rakyat menolak pertanyaan lisannya mengenai wang USD681 juta (RM2.6 bilion) yang masuk ke akaun peribadinya adalah wang derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi dan bukan berpunca dari 1MDB.
Beliau berkata, jawapan perlu diberikan mengenai perkara itu dan tidak membiarkan pihak lain iaitu menteri dan pemimpin Umno-BN terus menguar-uarkanya di luar sebagai wang dari sumber derma.
“Perkara ini telah mendapat perhatian pihak luar dan antarabangsa hingga menjejaskan maruah negara dan dilabelkan sebagai kleptokrasi global,” katanya. #sumber
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu tampil di Dewan Rakyat bagi memberikan penjelasan berhubung isu wang RM2.6 bilion.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Wee berkata, Dewan Rakyat seharusnya membenarkan pertanyaan lisan dikemukakan supaya tidak timbul kekeliruan mengenainya dan bukan menolak dengan alasan ia “sangkaan”.
“Kita masih ingat Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali, ada membuat kenyataan media mengumumkan Perdana Menteri tidak melakukan kesalahan dan wang itu adalah sumbangan daripada kerabat Diraja Arab Saudi.
“Saya inginkan penjelasan Perdana Menteri sama ada Peguam Negara masih berpegang dengan pendirian itu atau telah menukar
Loading...
fikiran dengan tidak mahu menjawab pertanyaan saya bahawa ia adalah dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Satu lagi kenapa Perdana Menteri sendiri tidak berani hadir ke Parlimen untuk menafikan wang itu dari 1MDB,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Tony Pua menyentuh perkara itu berikutan keputusan Dewan Rakyat menolak pertanyaan lisannya mengenai wang USD681 juta (RM2.6 bilion) yang masuk ke akaun peribadinya adalah wang derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi dan bukan berpunca dari 1MDB.
Beliau berkata, jawapan perlu diberikan mengenai perkara itu dan tidak membiarkan pihak lain iaitu menteri dan pemimpin Umno-BN terus menguar-uarkanya di luar sebagai wang dari sumber derma.
“Perkara ini telah mendapat perhatian pihak luar dan antarabangsa hingga menjejaskan maruah negara dan dilabelkan sebagai kleptokrasi global,” katanya. #sumber
dengan itu Perkara Tony Pua: Najib "Perlu Tampil" Di Parlimen, Jawab Isu RM2.6 Bilion !
yang semua artikel Tony Pua: Najib "Perlu Tampil" Di Parlimen, Jawab Isu RM2.6 Bilion ! Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Tony Pua: Najib "Perlu Tampil" Di Parlimen, Jawab Isu RM2.6 Bilion ! dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/tony-pua-najib-perlu-tampil-di-parlimen.html
0 Response to "Tony Pua: Najib "Perlu Tampil" Di Parlimen, Jawab Isu RM2.6 Bilion !"
Catat Ulasan