Tajuk : Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Kereta
link : Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Kereta
Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Kereta
Spread the love
BAU – Anggota Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup sebuah kereta curi ke negara jiran melalui laluan tikus di sempadan berdekatan Serikin, malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 11.15 malam itu, lapan anggota tentera yang diketuai seorang anggota berpangkat Staf Sarjan yang terbabit dalam Ops Serkap terserempak dengan sebuah kereta PERODUA MyVi yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan menghala ke sempadan.
Ketika kumpulan anggota tentera terbabit cuba menahan kereta itu untuk membuat pemeriksaan, pemandunya tiba-tiba memecut ke dalam kawasan ladang kelapa sawit.
Bagaimanapun, kereta terbabit tersangkut dalam lumpur dan pemandunya bertindak keluar dari kenderaan sebelum melarikan diri ke dalam hutan berdekatan sempadan itu.
Jurucakap Markas Pemerintahan Medan Timur berkata, semakan lanjut dengan pihak polis mendapati kereta berkenaan dilaporkan hilang di Kota Samarahan, semalam.
Sehubungan itu katanya, kenderaan berkenaan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut.
Cubaan menyeludup keluar kenderaan curi ke Indonesia itu adalah yang kedua dalam tempoh dua hari selepas anggota polis berjaya menahan sebuah kereta PERODUA MyVi dan menangkap seorang lelaki Indonesia di Raso, Lundu, awal pagi semalam. – Berita Harian
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Kereta
Kini anda membaca artikel Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Kereta dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/tentera-gagalkan-cubaan-seludup-kereta.html
0 Response to "Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Kereta"
Catat Ulasan