Loading...
Tajuk : Suri rumah didakwa bunuh pembantu rumah warga Indonesia
link : Suri rumah didakwa bunuh pembantu rumah warga Indonesia
Suri rumah didakwa bunuh pembantu rumah warga Indonesia
GEORGE TOWN: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membunuh dan mencederakan dua pembantu rumahnya.
Di Mahkamah Majistret, Chan Lay Lee, 42, hanya menggangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.
Dia didakwa membunuh Jubedah, 38, wanita warga Indonesia, di sebuah rumah bernombor 35, Lebuhraya Jelutong di sini antara jam 11 pagi hingga 4.45 petang, 25 Feb lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Chan mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah yang boleh menyebabkan kematian dengan menggunakan batang besi terhadap Anad, 22, seorang wanita warga Kemboja.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di lokasi sama pada jam 11 pagi antara Julai 2016 hingga 28 Feb lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan.
Hakim Irwan Suainbon kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas faktor keselamatan dan menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan kes itu bagi laporan perubatan.
Tertuduh diwakili peguam A.Rubern. - BERNAMA

Arial, Helvetica, sans-serif;">Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Chan mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah yang boleh menyebabkan kematian dengan menggunakan batang besi terhadap Anad, 22, seorang wanita warga Kemboja.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di lokasi sama pada jam 11 pagi antara Julai 2016 hingga 28 Feb lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan.
Hakim Irwan Suainbon kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas faktor keselamatan dan menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan kes itu bagi laporan perubatan.
Tertuduh diwakili peguam A.Rubern. - BERNAMA
dengan itu Perkara Suri rumah didakwa bunuh pembantu rumah warga Indonesia
yang semua artikel Suri rumah didakwa bunuh pembantu rumah warga Indonesia Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Suri rumah didakwa bunuh pembantu rumah warga Indonesia dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/suri-rumah-didakwa-bunuh-pembantu-rumah_10.html
0 Response to "Suri rumah didakwa bunuh pembantu rumah warga Indonesia"
Catat Ulasan