Tajuk : Sukar Kawal Pemain JDT: Imai
link : Sukar Kawal Pemain JDT: Imai
Sukar Kawal Pemain JDT: Imai
PEMAIN JDT, Hazwan Bakri (kiri) diasak pemain Global FC, Amani Manuel Santos ketika perlawanan Piala AFC 2017 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru. – Foto Hairul Anuar Rahim
JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Global FC, Toshiaki Imai nyata bengang dengan barisan pemainnya apabila gagal beri tentangan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tewas 4-0 pada aksi Kumpulan F Piala AFC, malam tadi.
Imai yang berpengalaman selama 24 tahun selaku jurulatih tanpa berselindung mendedahkan anak didiknya seolah-olah `tidur’ dan tidak menunjukkan karektor sebagai pemain bola sepak.
“Aksi babak pertama amat mengecewakan, mungkin mereka ‘tidur’ dan tidak beri tentangan langsung sebaliknya kerap membuka ruang kepada JDT menguasai perlawanan dan ia amat perit dengan kekalahan itu.
“Hanya pada babak kedua, barulah kami cuba bangkit dengan memiliki beberapa peluang terbaik namun penyudah tidak berkesan malah di hujung perlawanan lawan pula yang menambah jaringan.
“Saya tidak nafikan JDT adalah pasukan yang kuat dan rata-rata pemainnya bermain dengan taktikal menarik memaksa pemain saya gagal menghalang setiap gerakan yang mereka lakukan,” katanya.
Imai juga menegaskan benteng pertahanannya tampak begitu rapuh terutama situasi satu lawan satu menyebabkan barisan penyerang JDT mudah menembusi pertahanan dan ambil kesempatan menjaringkan gol.
Sementara itu, kapten Global FC, Magish Bahadoran mengakui amat kecewa dengan kekalahan itu namun bertekad untuk bangkit apabila menerima kunjungan skuad Harimau Selatan pada aksi di Stadium Bola sepak Memorial Rizal di Manila, 5 Mei depan.
Katanya, kekalahan pertama itu bukanlah penamat buat Global FC sebaliknya akan bangkit lebih mantap dan berazam memastikan kemenangan pada aksi pusingan kedua nanti.
“Kami sudah kenal pasti kelemahan yang ada dalam pasukan itu dan saya tidak nafikan amat kecewa selepas tewas pada perlawanan itu. Ia bukan pengakhiran bagi kami sebaliknya bakal bangkit pada aksi seterusnya.
“Saya tidak dapat turun pada babak pertama selepas mengalami kecederaan di bahagian belakang namun apabila beraksi di babak kedua beberapa pemain terutama di posisi serangan dan tengah tampak kepenatan dan kami terima kekalahan itu,” kata Bahadoran.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n88UPB✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
PEMAIN JDT, Hazwan Bakri (kiri) diasak pemain Global FC, Amani Manuel Santos ketika perlawanan Piala AFC 2017 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru. – Foto Hairul Anuar Rahim
JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Global FC, Toshiaki Imai nyata bengang dengan barisan pemainnya apabila gagal beri tentangan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tewas 4-0 pada aksi Kumpulan F Piala AFC, malam tadi.
Imai yang berpengalaman selama 24 tahun selaku jurulatih tanpa berselindung mendedahkan anak didiknya seolah-olah `tidur’ dan tidak menunjukkan karektor sebagai pemain bola sepak.
“Aksi babak pertama amat mengecewakan, mungkin mereka ‘tidur’ dan tidak beri tentangan langsung sebaliknya kerap membuka ruang kepada JDT menguasai perlawanan dan ia amat perit dengan kekalahan itu.
“Hanya pada babak kedua, barulah kami cuba bangkit dengan memiliki beberapa peluang terbaik namun penyudah tidak berkesan malah di hujung perlawanan lawan pula yang menambah jaringan.
“Saya tidak nafikan JDT adalah pasukan yang kuat dan rata-rata pemainnya bermain dengan taktikal menarik memaksa pemain saya gagal menghalang setiap gerakan yang mereka lakukan,” katanya.
Imai juga menegaskan benteng pertahanannya tampak begitu rapuh terutama situasi satu lawan satu menyebabkan barisan penyerang JDT
Sementara itu, kapten Global FC, Magish Bahadoran mengakui amat kecewa dengan kekalahan itu namun bertekad untuk bangkit apabila menerima kunjungan skuad Harimau Selatan pada aksi di Stadium Bola sepak Memorial Rizal di Manila, 5 Mei depan.
Katanya, kekalahan pertama itu bukanlah penamat buat Global FC sebaliknya akan bangkit lebih mantap dan berazam memastikan kemenangan pada aksi pusingan kedua nanti.
“Kami sudah kenal pasti kelemahan yang ada dalam pasukan itu dan saya tidak nafikan amat kecewa selepas tewas pada perlawanan itu. Ia bukan pengakhiran bagi kami sebaliknya bakal bangkit pada aksi seterusnya.
“Saya tidak dapat turun pada babak pertama selepas mengalami kecederaan di bahagian belakang namun apabila beraksi di babak kedua beberapa pemain terutama di posisi serangan dan tengah tampak kepenatan dan kami terima kekalahan itu,” kata Bahadoran.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n88UPB✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Sukar Kawal Pemain JDT: Imai
Kini anda membaca artikel Sukar Kawal Pemain JDT: Imai dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/sukar-kawal-pemain-jdt-imai.html
0 Response to "Sukar Kawal Pemain JDT: Imai"
Catat Ulasan