Tajuk : SPRM Lipat Ganda Usaha Perangi Rasuah Sebagaimana Titah Agong
link : SPRM Lipat Ganda Usaha Perangi Rasuah Sebagaimana Titah Agong
SPRM Lipat Ganda Usaha Perangi Rasuah Sebagaimana Titah Agong
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus melipatgandakan usaha memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata agensi itu juga bertekad untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan seiring dengan titah baginda.
“Sebagai satu-satunya agensi penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memerangi rasuah di negara ini, SPRM akan memastikan titah Seri Paduka terlaksana sepenuhnya menggunakan segala kemampuan yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sultan Muhammad V dalam titah baginda ketika perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, menzahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan yang melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.
Seri Paduka bertitah walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Menurut Dzulkifli, SPRM menjunjung titah Seri Paduka sebagai satu cabaran untuk SPRM melaksanakan tugas memerangi rasuah dengan lebih komited dan efisien.
Sehubungan itu beliau berharap rakyat Malaysia khususnya seluruh jentera kerajaan untuk bersama-sama tanpa kompromi, berganding bahu bersama SPRM untuk melaksanakan titah baginda.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lAAB3L✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara SPRM Lipat Ganda Usaha Perangi Rasuah Sebagaimana Titah Agong
Kini anda membaca artikel SPRM Lipat Ganda Usaha Perangi Rasuah Sebagaimana Titah Agong dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/sprm-lipat-ganda-usaha-perangi-rasuah.html
0 Response to "SPRM Lipat Ganda Usaha Perangi Rasuah Sebagaimana Titah Agong"
Catat Ulasan