Loading...

Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah

Loading...
Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah
link : Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah

lihat juga


Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah

MALAYSIA DATELINE

Negara perlu diselamatkan daripada barah rasuah.Negara perlu diselamatkan daripada barah rasuah.

Rakyat khususnya para pengundi di negara ini perlu memastikan negara bebas daripada belenggu rasuah dengan memilih kerajaan baru yang lebih berintergriti kerana satu undi yang diberikan kepada BN bermakna satu undi untuk rasuah.

Dalam satu kenyataan bersama, parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan berhubung amalan rasuah yang makin berleluasa di bawah pentadbiran Najib Razak.
"Barometer Korupsi Global Transperancy International (Asia Pasifik) bagi tahun 2016 telah mendedahkan seramai 60 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa tahap rasuah negara ini semakin teruk dengan pertambahan dua kali ganda berbanding 30 peratus pada tahun 2014.
"Kenyataan ini disokong oleh kajian Barometer Edelmen Trust Malaysia 2017 yang menyatakan bahawa seramai 52 peratus rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan kepada institusi dan sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial manakala 83 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa rasuah sebagai punca utama," ujar kenyataan bersama Datuk Raja Kamarul Bahrin (AMANAH), Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP).

Kenyataan itu menambah, majalah Time keluaran Mac 2016 telah menempatkan Malaysia sebagai negara kedua paling korup di dunia selepas Brazil manakala The Economist’s Crony Capitalism Index 2016 meletakkan Malaysia di kedudukan kedua di dunia selepas Rusia.

Negara ujar kenyataan itu, sekali lagi telah dimalukan di seluruh dunia apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyifatkan Malaysia mengamalkan kleptokrasi akibat skandal penyelewengan dana 1MDB.

Pada tahun 2015, Global Financial Integrity (GFI) menempatkan Malaysia dalam senarai lima negara utama di dunia yang mengamalkan aliran tunai keluar secara haram dengan jumlah terkumpul bersamaan RM1.8 trilion antara tahun 2004 dengan 2013.

"Dengan skandal-skandal 1MDB, Jabatan Air Negeri Sabah, Felda, dan Majlis Amanah Rakyat, ini membuktikan bahawa budaya korupsi yang diamalkan oleh Kerajaan Umno-BN semakin membarah.

"Kos rasuah terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam bentuk kemerosotan nilai matawang ringgit, pemotongan peruntukan untuk sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan, GST, serta kenaikan kos sara hidup," kenyataan media itu dipetik.

Sehubungan itu, Pakatan Harapan menawarkan permulaan baru dengan:

1. memastikan tiada campur tangan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi pelaburan dan khazanah negara. Kesemua ini akan dibenarkan untuk membuat keputusan berdasarkan mandat pelaburan daripada mandat rakyat;

2. melantik seseorang yang berwibawa untuk menjadi peguam negara yang diberi kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas siasatan terhadap sesiapa sahaja mengikut Perlembagaan; dan

3. memastikan kebebasan media, termasuk agensi-agensi berita dan penyiaran berita milik rakyat yang dibenarkan berfungsi secara bebas dan saksama.

"Oleh yang demikian, Pakatan Harapan menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang menentang rasuah dan inginkan perubahan untuk segera mendaftar dan keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang," ujar kenyataan bersama itu.

MALAYSIA DATELINE

Negara perlu diselamatkan daripada barah rasuah.Negara perlu diselamatkan daripada barah rasuah.

Rakyat khususnya para pengundi di negara ini perlu memastikan negara bebas daripada belenggu rasuah dengan memilih kerajaan baru yang lebih berintergriti kerana satu undi yang diberikan kepada BN bermakna satu undi untuk rasuah.

Dalam satu kenyataan bersama, parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan berhubung amalan rasuah yang makin berleluasa di bawah pentadbiran Najib Razak.
"Barometer Korupsi Global Transperancy International (Asia Pasifik) bagi tahun 2016 telah mendedahkan seramai 60 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa tahap rasuah negara ini semakin teruk dengan pertambahan dua kali ganda berbanding 30 peratus pada tahun 2014.
"Kenyataan ini disokong oleh kajian Barometer Edelmen Trust Malaysia 2017 yang menyatakan bahawa seramai 52 peratus rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan kepada institusi dan sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial manakala 83 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa rasuah sebagai punca utama," ujar kenyataan bersama Datuk Raja Kamarul Bahrin (AMANAH), Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP).

Kenyataan itu menambah, majalah Time keluaran Mac 2016 telah menempatkan Malaysia
Loading...
sebagai negara kedua paling korup di dunia selepas Brazil manakala The Economist’s Crony Capitalism Index 2016 meletakkan Malaysia di kedudukan kedua di dunia selepas Rusia.

Negara ujar kenyataan itu, sekali lagi telah dimalukan di seluruh dunia apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyifatkan Malaysia mengamalkan kleptokrasi akibat skandal penyelewengan dana 1MDB.

Pada tahun 2015, Global Financial Integrity (GFI) menempatkan Malaysia dalam senarai lima negara utama di dunia yang mengamalkan aliran tunai keluar secara haram dengan jumlah terkumpul bersamaan RM1.8 trilion antara tahun 2004 dengan 2013.

"Dengan skandal-skandal 1MDB, Jabatan Air Negeri Sabah, Felda, dan Majlis Amanah Rakyat, ini membuktikan bahawa budaya korupsi yang diamalkan oleh Kerajaan Umno-BN semakin membarah.

"Kos rasuah terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam bentuk kemerosotan nilai matawang ringgit, pemotongan peruntukan untuk sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan, GST, serta kenaikan kos sara hidup," kenyataan media itu dipetik.

Sehubungan itu, Pakatan Harapan menawarkan permulaan baru dengan:

1. memastikan tiada campur tangan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi pelaburan dan khazanah negara. Kesemua ini akan dibenarkan untuk membuat keputusan berdasarkan mandat pelaburan daripada mandat rakyat;

2. melantik seseorang yang berwibawa untuk menjadi peguam negara yang diberi kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas siasatan terhadap sesiapa sahaja mengikut Perlembagaan; dan

3. memastikan kebebasan media, termasuk agensi-agensi berita dan penyiaran berita milik rakyat yang dibenarkan berfungsi secara bebas dan saksama.

"Oleh yang demikian, Pakatan Harapan menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang menentang rasuah dan inginkan perubahan untuk segera mendaftar dan keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang," ujar kenyataan bersama itu.



dengan itu Perkara Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah

yang semua artikel Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/satu-undi-untuk-bn-satu-undi-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah"

Catat Ulasan

Loading...