Tajuk : Sanchez Digugur Kerana Perbalahan Dengan Rakan Sepasukan
link : Sanchez Digugur Kerana Perbalahan Dengan Rakan Sepasukan
Sanchez Digugur Kerana Perbalahan Dengan Rakan Sepasukan
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger (kanan) ketika pasukannya menentang Liverpool pada perlawanan Liga perdana Inggeris, Sabtu lalu. – Foto Reuters
LONDON: Keputusan luar biasa Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang menggugurkan Alexis Sanchez sebelum tewas di tangan Liverpool Sabtu lalu adalah berpunca daripada perbalahan dalam sesi latihan, lapor media British, semalam.
Menurut Daily Telegraph, Sanchez keluar daripada sesi latihan dan terbabit dalam satu pertengkaran dengan rakan pasukan, sehari sebelum perlawanan.
Berdasarkan akhbar itu, konfrontasi berkenaan mungkin menjadi sebab Sanchez akan segera keluar daripada Arsenal pada akhir musim ini tatkala Paris Saint-Germain dan Juventus mahu mengikatnya.
Sanchez meledak 17 gol dalam 26 perlawanan liga setakat ini namun penyerang Chile itu dilihat memanaskan bangku simpanan di Anfield – satu percaturan silap di mana Liverpool menjaringkan dua gol.
Wenger memasukkan Sanchez dan penyerang berusia 28 tahun itu pantas membantu Danny Welbeck merencanakan gol bagi mengurangkan defisit kedudukan.
Bagaimanapun, ia sudah cukup lewat buat Arsenal bangkit pada perlawanan yang menyaksikan The Gunners tewas 1-3 sekali gus terkeluar daripada kelompok empat teratas selepas merekodkan tiga kekalahan dalam empat perlawanan liga.
Dan Wenger, menjelaskan keputusannya itu sebagai satu percaturan taktikal apabila berkata ‘dengan berfikir yang kami perlu menjadi lebih berterus terang’, meskipun dia turut menerima betapa perancangannya itu memakan diri.
Akhbar The Telegraph mendakwa Sanchez melangkah keluar daripada padang latihan pada pertengahan sesi, di mana rakan pasukannya perlu bertentang mata dengannya di bilik persalinan bagi mempersoalkan sikapnya.
Dan pertengkaran itu menjadi punca Wenger untuk menggugurkannya, lapor akhbar itu.
Pengkritik yang kurang arif mengenai punca isu ini mengkritik keputusan Wenger namun Telegraph berkata, ‘ramai’ pemain Arsenal yang menyokong tindakan Wenger untuk tidak menyenaraikan Sanchez dalam kesebelasan utama.
Apapun kini, terdapat persoalan sama ada Sanchez akan diturunkan dalam kesebelasan utama ketika melayan kunjungan Bayern Munich untuk aksi kedua 16 terbaik Liga Juara-Juara – satu tugasan yang dilihat sukar buat Arsenal bagi mengatasi defisit 1-5 sebelum ini.
Dan pastinya Wenger bakal berdepan dengan soalan mengenai Sanchez dalam sidang media sebelum perlawanan nanti apatah lagi pemain dari Chile itu meledak satu-satunya gol Arsenal dalam aksi pertama di Jerman. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lMJySO✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger (kanan) ketika pasukannya menentang Liverpool pada perlawanan Liga perdana Inggeris, Sabtu lalu. – Foto Reuters
LONDON: Keputusan luar biasa Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang menggugurkan Alexis Sanchez sebelum tewas di tangan Liverpool Sabtu lalu adalah berpunca daripada perbalahan dalam sesi latihan, lapor media British, semalam.
Menurut Daily Telegraph, Sanchez keluar daripada sesi latihan dan terbabit dalam satu pertengkaran dengan rakan pasukan, sehari sebelum perlawanan.
Berdasarkan akhbar itu, konfrontasi berkenaan mungkin menjadi sebab Sanchez akan segera keluar daripada Arsenal pada akhir musim ini tatkala Paris Saint-Germain dan Juventus mahu mengikatnya.
Sanchez meledak 17 gol dalam 26 perlawanan liga setakat ini namun penyerang Chile itu dilihat memanaskan bangku simpanan di Anfield – satu percaturan silap di mana Liverpool menjaringkan dua gol.
Wenger memasukkan Sanchez dan penyerang berusia 28 tahun itu pantas membantu Danny Welbeck merencanakan gol bagi mengurangkan defisit kedudukan.
Bagaimanapun, ia sudah cukup lewat buat Arsenal bangkit pada perlawanan yang menyaksikan The Gunners tewas 1-3 sekali gus terkeluar daripada kelompok empat teratas selepas merekodkan tiga kekalahan dalam empat perlawanan liga.
Dan Wenger, menjelaskan keputusannya itu sebagai satu percaturan taktikal apabila berkata ‘dengan berfikir yang kami perlu menjadi lebih berterus terang’,
Akhbar The Telegraph mendakwa Sanchez melangkah keluar daripada padang latihan pada pertengahan sesi, di mana rakan pasukannya perlu bertentang mata dengannya di bilik persalinan bagi mempersoalkan sikapnya.
Dan pertengkaran itu menjadi punca Wenger untuk menggugurkannya, lapor akhbar itu.
Pengkritik yang kurang arif mengenai punca isu ini mengkritik keputusan Wenger namun Telegraph berkata, ‘ramai’ pemain Arsenal yang menyokong tindakan Wenger untuk tidak menyenaraikan Sanchez dalam kesebelasan utama.
Apapun kini, terdapat persoalan sama ada Sanchez akan diturunkan dalam kesebelasan utama ketika melayan kunjungan Bayern Munich untuk aksi kedua 16 terbaik Liga Juara-Juara – satu tugasan yang dilihat sukar buat Arsenal bagi mengatasi defisit 1-5 sebelum ini.
Dan pastinya Wenger bakal berdepan dengan soalan mengenai Sanchez dalam sidang media sebelum perlawanan nanti apatah lagi pemain dari Chile itu meledak satu-satunya gol Arsenal dalam aksi pertama di Jerman. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lMJySO✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Sanchez Digugur Kerana Perbalahan Dengan Rakan Sepasukan
Kini anda membaca artikel Sanchez Digugur Kerana Perbalahan Dengan Rakan Sepasukan dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/sanchez-digugur-kerana-perbalahan.html
0 Response to "Sanchez Digugur Kerana Perbalahan Dengan Rakan Sepasukan"
Catat Ulasan