Loading...

Sampai Bila Zulfadli?

Loading...
Sampai Bila Zulfadli? - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sampai Bila Zulfadli?, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Sampai Bila Zulfadli?
link : Sampai Bila Zulfadli?

lihat juga

Sampai Bila Zulfadli?

Minggu ini saya agak beremosi sedikit. Sedih kerana melihat satu lagi skrip sama dilalui pemain perseorangan profesional negara Zulfadli Zulkiffli yang tewas seawal pusingan pertama di Seluruh England.

Sampai bila? Itu yang tertanya-tanya di benak hati saya, sampai bilakah pemain yang pernah muncul juara remaja dunia 2011 itu akan terus mempamerkan prestasi hambar dan mendatar di pentas antarabangsa.

Bukan tidak ada bakat, tetapi mengapa sehingga ke hari ini tiada impak besar mampu diberikan Zulfadli.

Benar lawan yang ditemuinya pada pusingan pertama Seluruh England adalah Lin Dan, jaguh dunia dari China yang dikatakan paling hebat dalam era moden ini.

Siapa tak kenal Lin Dan. Deretan koleksi kejayaan ada dalam genggamannya.

Tetapi dengan tewas mudah 11-21, 12-21 hanya dalam tempoh 31 minit adakah anda (Zulfadli) mahu memberi alasan lawan terlalu unggul sehingga tidak mampu untuk sekurang-kurangnya memberikan saingan sengit?

Bagi saya, jika tewas pun tidak apa, tetapi sekurang-kurangnya beri tentangan.

Tunjukkan permainan yang matang dan sebagai seorang pemain profesional, anda sepatutnya sudah mengkaji apakah kelebihan dan kekurangan Lin Dan.

Zulfadli juga harus melihat kepada keupayaan dirinya. Apakah kelebihan yang boleh diterapkan untuk mencuri mata daripada Lin Dan.

Pada saya Lin Dan bukan terlalu hebat, tetapi persiapan Zulfadli untuk pertemuan dengan lawannya itu yang paling penting.

Yang saya lihat Zulfadli seolah-olah tidak mempunyai sebarang strategi.

Kemudian apabila sudah kalah, jangan terlalu kerap memberi alasan seperti kecederaan belum pulih dan sebagainya. Kenapa tidak bercakap mengenai tahap permainan sendiri di gelanggang.

Contohilah pemain Thailand Tanongsak Saensomboonsuk berjaya menewaskan seorang lagi jaguh China, Chen Long pada pusingan kedua.

Maksudnya apa? Maksudnya tidak kira apa status lawan, jika kita mempunyai perancangan permainan yang betul, maka tidak mustahil untuk menewaskan juara dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik.

Tanongsak sudah buktikan. Jadi tidak bolehkah Zulfadli mengikut langkah sama?

Ingatlah Zulfadli, jika prestasi seperti ini yang anda kerap hidangkan, maka tidak akan ke manalah anda.

Status juara remaja dunia sudah lama menjadi sejarah. Tutuplah ‘buku sejarah’ itu dan bukalah lembaran baru dalam karier anda.

Tidak perlu untuk membuat perbandingan terlalu jauh. Lihat di mana tahap Viktor Axelsen (Denmark) sekarang, lawan yang anda tewaskan pada aksi final 2011.

Dia sudah mengecapi pelbagai kejayaan dan antara pemain yang paling digeruni di dunia ketika ini. Anda? Tepuk dada tanya selera.

Selaku pemain profesional, Zulfadli tidak seharusnya mudah melenting dengan apa yang ‘orang tua’ seperti saya ‘bebelkan’.

Saya menasihatinya kerana saya sayang bakatnya, begitu juga dengan dirinya.

Kerana saya percaya, jika dilentur dengan betul, maka tidak mustahil untuk Zulfadli berada dalam senarai pemain legenda negara satu hari nanti. Jumpa lagi.

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2myh15n

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Sampai Bila Zulfadli?

yang semua artikel Sampai Bila Zulfadli? Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Sampai Bila Zulfadli? dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/sampai-bila-zulfadli.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sampai Bila Zulfadli?"

Catat Ulasan

Loading...