Tajuk : Sabah Membara Hadapi MISC-MIFA
link : Sabah Membara Hadapi MISC-MIFA
Sabah Membara Hadapi MISC-MIFA
PEMAIN pasukan Sabah. – Foto Lano Lan
KOTA KINABALU: Kejayaan melangkah ke suku akhir Piala FA Sabtu lalu, membangkitkan semangat Sabah untuk menghadapi MISC-MIFA dalam aksi Liga Perdana di Stadium MBPJ, petang esok.
Pengendalinya, Steve Vilmiaire, berkata kemenangan 4-2 ke atas MOF FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA itu jelas menyuntik semangat anak buahnya untuk meneruskan momentum kemenangan.
“Persiapan kami untuk perlawanan ini (bertemu MISC-MIFA) sangat baik selepas kemenangan dalam Piala FA, selain keputusan seri 1-1 ketika bertemu PKNP FC di gelanggang lawan sebelum ini.
“Kami perlu meneruskan momentum ini dan sudah pasti mahukan kemenangan, sekali gus mengutip tiga mata penuh dan memperbaiki kedudukan dalam liga,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Jurulatih 32 tahun itu bagaimanapun tidak memandang mudah cabaran MISC-MIFA walaupun lawan itu berada di kedudukan kedua tercorot liga, hanya satu mata di belakang Sabah.
“MISC-MIFA adalah pasukan yang sukar dijangka, mereka dibolosi banyak gol tetapi turut menjaringkan banyak gol. Kami perlu berhati-hati, namun perlu juga mengambil risiko sekiranya ingin menang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata tiga tonggaknya yang terlepas aksi sebelum ini – Jonathan Behe, Azzizan Nordin dan Radzi Mohd Hussin – masih belum dapat diturunkan untuk perlawanan itu.
“Bagaimanapun, kami masih memiliki pemain yang mampu menggalas tugas mereka dan saya harap sesiapa yang diturunkan akan memperagakan aksi terbaik,” katanya sambil menambah Behe dan Azzizan dijangka mampu kembali beraksi pada suku akhir pertama Piala FA bertemu Negeri Sembilan, 1 April depan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mF47Tb✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
PEMAIN pasukan Sabah. – Foto Lano Lan
KOTA KINABALU: Kejayaan melangkah ke suku akhir Piala FA Sabtu lalu, membangkitkan semangat Sabah untuk menghadapi MISC-MIFA dalam aksi Liga Perdana di Stadium MBPJ, petang esok.
Pengendalinya, Steve Vilmiaire, berkata kemenangan 4-2 ke atas MOF FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA itu jelas menyuntik semangat anak buahnya untuk meneruskan momentum kemenangan.
“Persiapan kami untuk perlawanan ini (bertemu MISC-MIFA) sangat baik selepas kemenangan dalam Piala FA, selain keputusan seri 1-1 ketika bertemu PKNP FC di gelanggang lawan sebelum ini.
“Kami perlu meneruskan momentum ini dan sudah pasti mahukan kemenangan, sekali gus mengutip tiga mata penuh dan memperbaiki kedudukan dalam liga,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Jurulatih 32 tahun itu bagaimanapun tidak memandang mudah cabaran MISC-MIFA walaupun lawan itu berada di kedudukan kedua tercorot liga, hanya satu mata di belakang Sabah.
“MISC-MIFA adalah pasukan yang sukar dijangka,
Dalam perkembangan lain, beliau berkata tiga tonggaknya yang terlepas aksi sebelum ini – Jonathan Behe, Azzizan Nordin dan Radzi Mohd Hussin – masih belum dapat diturunkan untuk perlawanan itu.
“Bagaimanapun, kami masih memiliki pemain yang mampu menggalas tugas mereka dan saya harap sesiapa yang diturunkan akan memperagakan aksi terbaik,” katanya sambil menambah Behe dan Azzizan dijangka mampu kembali beraksi pada suku akhir pertama Piala FA bertemu Negeri Sembilan, 1 April depan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mF47Tb✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Sabah Membara Hadapi MISC-MIFA
Kini anda membaca artikel Sabah Membara Hadapi MISC-MIFA dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/sabah-membara-hadapi-misc-mifa.html
0 Response to "Sabah Membara Hadapi MISC-MIFA"
Catat Ulasan