Tajuk : RUU Baharu Jenayah Seksual Kanak-kanak Akan Dibentang Di Parlimen – PM Najib
link : RUU Baharu Jenayah Seksual Kanak-kanak Akan Dibentang Di Parlimen – PM Najib
RUU Baharu Jenayah Seksual Kanak-kanak Akan Dibentang Di Parlimen – PM Najib
KUALA LUMPUR: Satu undang-undang baharu khusus bagi menangani jenayah seksual kanak-kanak akan dibentang di Parlimen pada sesi kali ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia sebagai tindakan kerajaan bagi menangani secara serius salah laku melibatkan eksploitasi dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilihat semakin meruncing ketika ini.
Beliau juga berharap, Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 mendapat sokongan semua Ahli Parlimen dengan mengetepikan kepentingan poilitik masing-masing demi masa depan anak-anak Malaysia.
“Tidak terhenti setakat itu, kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan satu Mahkamah Jenayah Khas bagi mengendalikan prosiding jenayah seksual kanak-kanak yang telah menjadi mangsa.
“Perlu difahami bahawa, Mahkamah Jenayah Khas ini berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada, yang hanya mengendalikan kes-kes di mana pelaku jenayahnya adalah kanak-kanak,” katanya dalam ucaptama perasmian Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!! di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir, Presiden Indonesia Kelima, Megawati Soekarnoputri; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Penaung Program Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor.
Perdana Menteri menegaskan ini tanggungjawab semua dan menyeru setiap pihak bagi membantu usaha kerajaan melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dan membanteras jenayah ini habis-habisan.
Beliau bimbang sekiranya hal ini tidak ditangani dengan serius, ia akan memusnahkan hidup kanak-kanak terlibat yang menjadi sandaran kepada masa depan negara.
Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 5,779 kes dicatatkan melibatkan penderaan seksual kanak-kanak bagi tempoh 2010 hingga 2015, dengan purata 963 kes setahun.
Manakala berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, dicatatkan 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii, yang melibatkan mangsa di bawah umur 18 tahun dilaporkan sepanjang tempoh 2015 dan 2016.
“Ia tidak sepatutnya berlaku. Kita tidak harus membiarkan kanak-kanak tersebut untuk terus dijadikan mangsa eksploitasi oleh pemangsa-pemangsa seksual.
“Sebaliknya, kanak-kanak itu perlu lebih dihormati sebagai individu yang mempunyai hak-hak sama seperti orang dewasa untuk mendapatkan perlindungan daripada sebarang ancaman terhadap keselamatan mereka,” katanya.
Seminar dua hari itu disertai kira-kira 2,000 anggota masyarakat daripada kementerian, agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengikuti seminar dan bengkel yang disampaikan oleh ahli akademik dan pakar dari dalam dan luar negara.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mBl1lH✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

Beliau bimbang sekiranya hal ini tidak ditangani

dengan itu Perkara RUU Baharu Jenayah Seksual Kanak-kanak Akan Dibentang Di Parlimen – PM Najib
Kini anda membaca artikel RUU Baharu Jenayah Seksual Kanak-kanak Akan Dibentang Di Parlimen – PM Najib dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/ruu-baharu-jenayah-seksual-kanak-kanak_13.html
0 Response to "RUU Baharu Jenayah Seksual Kanak-kanak Akan Dibentang Di Parlimen – PM Najib"
Catat Ulasan