Loading...
Tajuk : Rompak Kedai Serbaneka Pakai Kostum Ikan Jerung
link : Rompak Kedai Serbaneka Pakai Kostum Ikan Jerung
Rompak Kedai Serbaneka Pakai Kostum Ikan Jerung
SEBUAH kedai serbaneka dalam stesen minyak syarikat BP di Canterbury, New Zealand dirompak oleh seorang lelaki yang tampil dengan memakai kostum ikan jerung.
Memetik laman berita antarabangsa Metro UK, kejadian pelik itu berlaku pukul 2.20 pagi pada 7 Mac lalu.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam kedai serbaneka itu, suspek lelaki memakai kostum ikan jerung berwarna biru dan menutup muka dengan sehelai kain berwarna hitam bersenjatakan tukul.
Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu tidak berseorangan ketika melakukan rompakan itu tetapi bersama seorang lagi rakan subahatnya yang bersenjatakan pisau.
Bagaimanapun mereka tidak mengenakan kostum sedemikian sebaliknya tampil bersahaja dengan berseluar pendek, hud kepala dan memakai bandana.
Suspek lelaki itu bertindak memecahkan rak kaca sehingga mengejutkan pekerja serbaneka menyebabkan staf tersebut melarikan diri menyorok di dalam bilik pekerja bersama rakan sekerjanya yang sedang berehat.
Pasangan perompak itu difahamkan melarikan sejumlah barangan makanan daripada pelbagai jenis yang terdapat di dalam kedai tersebut.
Susulan kejadian itu, pihak polis tempatan dihubungi untuk memeriksa kawasan terbabit namun gagal mengesan kelibat suspek. – MYNEWSHUB.CC

dengan itu Perkara Rompak Kedai Serbaneka Pakai Kostum Ikan Jerung
yang semua artikel Rompak Kedai Serbaneka Pakai Kostum Ikan Jerung Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Rompak Kedai Serbaneka Pakai Kostum Ikan Jerung dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/rompak-kedai-serbaneka-pakai-kostum.html
0 Response to "Rompak Kedai Serbaneka Pakai Kostum Ikan Jerung"
Catat Ulasan