Tajuk : "Rimau" Mengaum Di Manila Pula
link : "Rimau" Mengaum Di Manila Pula
"Rimau" Mengaum Di Manila Pula
KUALA LUMPUR: Selepas Brunei, maskot Rimau akan di Manila bagi memeriahkan Larian Baton Bangkit Bersama yang julung kali dianjurkan bersempena Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos depan.
Maskot KL2017 dan Sukan Para ASEAN kesembilan itu bakal tiba di ibu kota Filipina esok selepas siri pertama berlangsung penuh meriah di Brunei Darussalam, hujung minggu lalu.
Larian di Manila membabitkan laluan sejauh 7.2 kilometer (KM) bermula di Malacangan Palace selain dijadual melalui tempat ikonik Filipina seperti Luneta, Rajah Sulayman Park dan Kompleks Sukan Rizal Memorial.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Rio De Janeiro, Hidilyn Diaz yang juga jaguh angkat berat wanita negara itu diberi penghormatan menjadi pelari pertama untuk larian berkenaan.
Delegasi Malaysia ke Manila akan diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang diiringi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Nik Abd Kadir Nik Mohammad dan Ketua Pegawai Operasi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017, Shaiful Zahrin Subhan.
“Selepas tamat larian, penyerahan baton untuk negara seterusnya, iaitu Laos akan berlangsung,” kata KBS dalam satu kenyataan.
“William I Ramirez, Pengerusi Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) akan menyerahkan baton kepada Duta Laos ke Filipina, Phoxay Khaykhamphithoune sebagai tanda simbolik jelajah Larian Baton Bangkit Bersama ke negara itu.”
Larian Baton Bangkit Bersama adalah praacara kepada temasya sukan KL2017 yang dianjurkan MASOC dengan kerjasama negara Asia Tenggara.
Ia juga salah satu usaha mempromosikan KL2017 kepada rakyat di negara peserta selain antara langkah bagi mencerminkan semangat perpaduan serta kekitaan antara penduduk rantau Asia Tenggara menerusi sukan.
Laos akan menjadi destinasi ketiga larian pada 18 Mac sebelum ke Myanmar, 25 Mac ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvSgZa✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara "Rimau" Mengaum Di Manila Pula
Kini anda membaca artikel "Rimau" Mengaum Di Manila Pula dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/rimau-mengaum-di-manila-pula.html
0 Response to ""Rimau" Mengaum Di Manila Pula"
Catat Ulasan