Loading...

Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun

Loading...
Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun
link : Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun

lihat juga

Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki tingkatan lima dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini atas empat pertuduhan termasuk merogol dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan satu yang sama sekolah dengannya.

Dua lagi pertuduhan ialah melakukan hubungan seks dengan objek dan melakukan persetubuhan bertentangan tabii terhadap mangsa yang berumur 13 tahun enam bulan itu tanpa kerelaannya.

Tertuduh yang berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Bagi pertuduhan pertama remaja itu didakwa melakukan kekerasan jenayah iaitu melakukan hubungan seks dengan objek terhadap mangsa di tangga tingkat 2, sebuah bangunan rumah kedai di Taman Kosas, di sini pada 11.50 pagi, 14 Feb lepas.

Dia juga didakwa melakukan persetubuhan bertentangan tabii terhadap mangsa yang sama di tempat, masa dan tarikh sama dan pertuduhan ketiga merogol mangsa di tempat sama pada 12.30 tengah hari pada 15 Feb lepas.

Tiga pertuduhan itu masing-masing mengikut Seksyen 377CA, Seksyen 377B dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, pelajar itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang sama dengan niat mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada 11.10 pagi, 13 Feb lepas.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak tidak menawarkan sebarang jaminan namun tertuduh yang diwakili peguam Akmal Jusoh memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh perlu meneruskan pembelajaran selain akan menjalani peperiksaan minggu hadapan dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Haslinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

dengan itu Perkara Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun

yang semua artikel Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/remaja-17-tahun-hadapi-pertuduhan-rogol.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Remaja 17 tahun hadapi pertuduhan rogol remaja 13 tahun"

Catat Ulasan

Loading...