Tajuk : PPBM Sah Setuju Sertai Pakatan Harapan
link : PPBM Sah Setuju Sertai Pakatan Harapan
PPBM Sah Setuju Sertai Pakatan Harapan
Spread the love
PETALING JAYA – Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini sebulat suara bersetuju untuk membentuk satu gabungan rasmi dengan Pakatan Harapan (PH).
Di bawah cadangan itu, semua tiga parti komponen PH dengan PPBM akan menyertai pilihan raya umum (PRU) akan datang di bawah satu logo, satu manifesto dan seorang calon bagi setiap kerusi yang mereka bertanding.
Bagaimanapun lucunya, cadangan PPBM itu masih lagi belum dibentangkan kepada pihak PH, tetapi pengerusi parti kecil itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata gabungan tiga pihak itu ‘sudah tahu mengenainya’.
“Mesyuarat fokus kepada satu perkara sahaja, iaitu penyertaan PPBM dalam PH, di bawah satu pakatan besar pembangkang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PPBM di sini.
“Kami belum memutuskan namanya lagi. Tetapi setuju selain nama baharu, kami juga perlu ada logo baharu untuk PRU akan datang. Kami akan maklum secara rasmi kepada PH mengenai keputusan kami tidak lama lagi,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau percaya bahawa PH akan bersetuju dengan konsep cadangan itu, terutama membabitkan seorang calon mewakili blok pembangkang di setiap kerusi, Mahathir menjawab dengan nada positif.
Beliau yang juga perdana menteri paling lama berkhidmat berkata, ini kerana PH sudah sedar kegagalan dalam menyatukan semua parti dan bertanding di bawah satu simbol, adalah alasan mereka kalah pada PRU ke-13 lalu.
“Kami akan berbincang (dengan lebih) lanjut mengenai perkara ini apabila kami berada dalam pakatan. Tetapi prinsipnya di sini ialah kami akan hanya meletakkan seorang calon bagi setiap kerusi bagi mewakili pakatan.
“Kemudian kami akan desak semua ahli pakatan untuk sokong calon tunggal itu,” kata Mahathir sambil berharap PAS amat dialu-alukan untuk menyertai pakatan baharu, walaupun perkara itu masih belum dibincangkan lagi.
“Kami (bersikap) terbuka untuk menubuhkan sekutu dengan mana-mana parti di negara ini. Bukan sahaja bersama-sama PAS, tetapi ada dua, tiga parti lain yang menunjukkan minat menyertai pakatan ini,” kata beliau lagi.
Ini bukan kali pertama pemimpin berusia 91 tahun itu mencadangkan gabungan membabitkan semua parti pembangkang yang ada matlamat hampir sama iaitu menewaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malah, Dr Mahathir berkali-kali menegaskan satu-satunya cara pembangkang boleh membentuk kerajaan ialah dengan syarat semua bekerjasama memastikan pertandingan satu lawan satu terhadap BN pada PRU-14.
Untuk rekod, PAS tidak menyertai PH kerana ada DAP dan PAN, malah mewujudkan blok baharu iaitu Gagasan Sejahtera yang turut mengandungi Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia.
Pada September tahun lalu, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuat desakan sama dan mencadangkan gabungan pembangkang baharu yang dinamakan “Barisan Rakyat”. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Spread the love
PETALING JAYA – Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini sebulat suara bersetuju untuk membentuk satu gabungan rasmi dengan Pakatan Harapan (PH).
Di bawah cadangan itu, semua tiga parti komponen PH dengan PPBM akan menyertai pilihan raya umum (PRU) akan datang di bawah satu logo, satu manifesto dan seorang calon bagi setiap kerusi yang mereka bertanding.
Bagaimanapun lucunya, cadangan PPBM itu masih lagi belum dibentangkan kepada pihak PH, tetapi pengerusi parti kecil itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata gabungan tiga pihak itu ‘sudah tahu mengenainya’.
“Mesyuarat fokus kepada satu perkara sahaja, iaitu penyertaan PPBM dalam PH, di bawah satu pakatan besar pembangkang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PPBM di sini.
“Kami belum memutuskan namanya lagi. Tetapi setuju selain nama baharu, kami juga perlu ada logo baharu untuk PRU akan datang. Kami akan maklum secara rasmi kepada PH mengenai keputusan kami tidak lama lagi,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau percaya bahawa PH akan bersetuju dengan konsep cadangan itu, terutama membabitkan seorang calon mewakili blok pembangkang di setiap kerusi, Mahathir menjawab dengan nada positif.
Beliau yang juga perdana menteri paling lama berkhidmat berkata, ini kerana PH sudah sedar kegagalan dalam menyatukan semua parti dan bertanding di bawah satu simbol, adalah alasan mereka kalah pada PRU ke-13 lalu.
“Kami akan berbincang (dengan lebih) lanjut mengenai perkara ini apabila kami berada dalam
“Kemudian kami akan desak semua ahli pakatan untuk sokong calon tunggal itu,” kata Mahathir sambil berharap PAS amat dialu-alukan untuk menyertai pakatan baharu, walaupun perkara itu masih belum dibincangkan lagi.
“Kami (bersikap) terbuka untuk menubuhkan sekutu dengan mana-mana parti di negara ini. Bukan sahaja bersama-sama PAS, tetapi ada dua, tiga parti lain yang menunjukkan minat menyertai pakatan ini,” kata beliau lagi.
Ini bukan kali pertama pemimpin berusia 91 tahun itu mencadangkan gabungan membabitkan semua parti pembangkang yang ada matlamat hampir sama iaitu menewaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malah, Dr Mahathir berkali-kali menegaskan satu-satunya cara pembangkang boleh membentuk kerajaan ialah dengan syarat semua bekerjasama memastikan pertandingan satu lawan satu terhadap BN pada PRU-14.
Untuk rekod, PAS tidak menyertai PH kerana ada DAP dan PAN, malah mewujudkan blok baharu iaitu Gagasan Sejahtera yang turut mengandungi Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia.
Pada September tahun lalu, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuat desakan sama dan mencadangkan gabungan pembangkang baharu yang dinamakan “Barisan Rakyat”. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara PPBM Sah Setuju Sertai Pakatan Harapan
Kini anda membaca artikel PPBM Sah Setuju Sertai Pakatan Harapan dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/ppbm-sah-setuju-sertai-pakatan-harapan.html
0 Response to "PPBM Sah Setuju Sertai Pakatan Harapan"
Catat Ulasan