Tajuk : Peruntukan RM23 Juta Ambil Alih PPR Lembah Subang 1
link : Peruntukan RM23 Juta Ambil Alih PPR Lembah Subang 1
Peruntukan RM23 Juta Ambil Alih PPR Lembah Subang 1
Spread the love
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM23 juta bagi mengambil alih pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 daripada kerajaan negeri Selangor.
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata peruntukan itu bagi memberi pembelaan kepada hampir 10,000 penduduk di 3,000 unit PPR itu yang hidup dalam keadaan daif dengan kemudahan lif dan penyelenggaraan tidak terurus serta alam sekitar tidak sejahtera.
“Tapi malangnya bila kita (kementerian) nak ambil alih pengurusan tersebut, kerajaan negeri Selangor pula minta bayaran RM60 juta daripada kementerian.
“Bayaran tersebut termasuk RM30 juta iaitu bayaran sewa yang tidak dibayar oleh penduduk PPR tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata tuntutan tersebut dilihat sebagai tidak adil kerana KPKT yang membina perumahan tersebut sebelum menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan.
“Kita yang bina perumahan ini, bila siap, kita serah 100 peratus kepada pihak negeri untuk diuruskan. Kalau mereka kata tidak mampu nak urus seperti PPR
Lembah Subang 1 ini, dengan keadaannya yang amat daif sekali, KPKT telah buat keputusan akan ambil alih pengurusannya.
“Saya dukacita sekali bila kerajaan negeri minta kita bayar RM60 juta untuk
ambil alih PPR ini,” katanya.
Menurut Noh, rundingan antara kementerian dengan wakil kerajaan negeri Selangor berhubung pengambilalihan PPR itu masih berlangsung.- BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Peruntukan RM23 Juta Ambil Alih PPR Lembah Subang 1
Kini anda membaca artikel Peruntukan RM23 Juta Ambil Alih PPR Lembah Subang 1 dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/peruntukan-rm23-juta-ambil-alih-ppr.html
0 Response to "Peruntukan RM23 Juta Ambil Alih PPR Lembah Subang 1"
Catat Ulasan