Tajuk : Perlis Ikrar Perangi Rasuah Bersama SPRM – MB
link : Perlis Ikrar Perangi Rasuah Bersama SPRM – MB
Perlis Ikrar Perangi Rasuah Bersama SPRM – MB
Spread the love
KANGAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man bersama para anggota exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri hari ini berikrar untuk memerangi gejala rasuah bagi memastikan matlamat menjadikan Perlis sebagai negeri maju pada 2030 tercapai.
Acara melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah itu berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini yang turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zulkifli Ahmad.
Memberitahu media kemudiannya, Azlan berkata kerajaan negeri menyokong penuh setiap usaha SPRM untuk membersihkan Perlis daripada jenayah rasuah.
“Jenayah rasuah adalah penyebab kepada sesebuah kerajaan hilang integriti. Rakyat yang rasa dikhianati tidak akan menyokong kerajaan tersebut,” katanya.
Zulkifli pula berkata acara lafaz dan menandatangani ikrar itu menunjukkan kerajaan negeri Perlis komited serta bersungguh-sungguh terhadap usaha SPRM untuk membasmi rasuah dan salah guna kuasa. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Spread the love
KANGAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man bersama para anggota exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri hari ini berikrar untuk memerangi gejala rasuah bagi memastikan matlamat menjadikan Perlis sebagai negeri maju pada 2030 tercapai.
Acara melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah itu berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini yang turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zulkifli Ahmad.
Memberitahu media kemudiannya, Azlan berkata kerajaan negeri menyokong penuh setiap usaha SPRM untuk
“Jenayah rasuah adalah penyebab kepada sesebuah kerajaan hilang integriti. Rakyat yang rasa dikhianati tidak akan menyokong kerajaan tersebut,” katanya.
Zulkifli pula berkata acara lafaz dan menandatangani ikrar itu menunjukkan kerajaan negeri Perlis komited serta bersungguh-sungguh terhadap usaha SPRM untuk membasmi rasuah dan salah guna kuasa. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Perlis Ikrar Perangi Rasuah Bersama SPRM – MB
Kini anda membaca artikel Perlis Ikrar Perangi Rasuah Bersama SPRM – MB dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/perlis-ikrar-perangi-rasuah-bersama.html
0 Response to "Perlis Ikrar Perangi Rasuah Bersama SPRM – MB"
Catat Ulasan