Tajuk : Perdana Menteri Puas Hati SPAD, KTMB Dapat Selesaikan Masalah Pembelian E-tiket ETS
link : Perdana Menteri Puas Hati SPAD, KTMB Dapat Selesaikan Masalah Pembelian E-tiket ETS
Perdana Menteri Puas Hati SPAD, KTMB Dapat Selesaikan Masalah Pembelian E-tiket ETS
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan teguran terhadap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi laman media sosial selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket dalam talian di bawah kendalian KTMB.
Justeru, KTMB dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) telah mengembleng tenaga untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan masalah ini bertambah meruncing. Malahan SPAD telah pun menyerahkan kertas laporan kepada Najib, laporan Bernama.
Najib berkata antara langkah penyelesaian yang dikenal pasti ialah meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet khas untuk e-tiket.
“Ini akan membolehkan perkhidmatan e-tiket yang disediakan lebih cekap bagi kegunaan pelanggan. Ini akan dilaksanakan sebelum 9 Mac 2017,” ujar Najib menerusi catatan di laman blog rasmi beliau.
Najib berkata pihak KTMB juga menambah bilangan kakitangan khidmat pelanggan terlatih serta merta untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan KTMB itu.
“Laman sesawang portal e-tiket akan direka semula menjadikan ia laman utama atau landing page, termasuk membangunkan semula portal e-tiket KTMB menjadi lebih mesra pengguna dan berorientasikan jualan,” kata Najib.
Beliau berkata mekanisme pemulangan bayaran bagi transaksi yang gagal kepada pelanggan juga ditambah baik dengan kerjasama pihak bank, termasuk notifikasi kepada pelanggan melalui e-mel dan SMS. Usaha ini akan dilaksanakan sebelum 21 Mac 2017.
Najib berkata setiap cadangan yang dikemukakan akan dapat memanfaatkan rakyat yang dapat melihat perubahan dan penambahbaikannya tidak lama lagi.
“Pada masa sama, kesemua cadangan ini juga akan dipantau sehingga terlaksana dan mencapai objektif memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat,” kata beliau.
<!–
–>
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mDCnQV✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan teguran terhadap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi laman media sosial selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket dalam talian di bawah kendalian KTMB.
Justeru, KTMB dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) telah mengembleng tenaga untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan masalah ini bertambah meruncing. Malahan SPAD telah pun menyerahkan kertas laporan kepada Najib, laporan Bernama.
Najib berkata antara langkah penyelesaian yang dikenal pasti ialah meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet khas untuk e-tiket.
“Ini akan membolehkan perkhidmatan e-tiket yang disediakan lebih cekap bagi kegunaan pelanggan. Ini akan dilaksanakan sebelum 9 Mac 2017,” ujar Najib menerusi catatan di laman blog rasmi beliau.
Najib berkata pihak KTMB juga menambah bilangan kakitangan khidmat pelanggan terlatih serta merta untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan KTMB itu.
“Laman sesawang portal e-tiket akan direka semula menjadikan ia laman utama atau landing page, termasuk
Beliau berkata mekanisme pemulangan bayaran bagi transaksi yang gagal kepada pelanggan juga ditambah baik dengan kerjasama pihak bank, termasuk notifikasi kepada pelanggan melalui e-mel dan SMS. Usaha ini akan dilaksanakan sebelum 21 Mac 2017.
Najib berkata setiap cadangan yang dikemukakan akan dapat memanfaatkan rakyat yang dapat melihat perubahan dan penambahbaikannya tidak lama lagi.
“Pada masa sama, kesemua cadangan ini juga akan dipantau sehingga terlaksana dan mencapai objektif memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat,” kata beliau.
<!–
–>
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mDCnQV✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Perdana Menteri Puas Hati SPAD, KTMB Dapat Selesaikan Masalah Pembelian E-tiket ETS
Kini anda membaca artikel Perdana Menteri Puas Hati SPAD, KTMB Dapat Selesaikan Masalah Pembelian E-tiket ETS dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/perdana-menteri-puas-hati-spad-ktmb.html
0 Response to "Perdana Menteri Puas Hati SPAD, KTMB Dapat Selesaikan Masalah Pembelian E-tiket ETS"
Catat Ulasan