Loading...

Pemandu lunyai kena tibai orang ramai

Loading...
Pemandu lunyai kena tibai orang ramai - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemandu lunyai kena tibai orang ramai, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Pemandu lunyai kena tibai orang ramai
link : Pemandu lunyai kena tibai orang ramai

lihat juga

Pemandu lunyai kena tibai orang ramai

PETALING JAYA: Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki dipukul orang awam kerana dipercayai melanggar sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya parah, menjadi viral di laman media sosial sejak semalam.

Dalam kemalangan 14 Februari lalu itu di Kilometer 18.5 Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) di sini, mangsa yang memandu bersendirian dikatakan terlanggar motosikal terbabit sebelum terbabas dan melanggar empat kereta yang diparkir di tepi jalan.
Sejurus kemalangan kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun dipercayai dikerumuni orang awam yang tidak berpuashati sebelum dibelasah sehingga mengalami kecederaan parah.

Insiden itu turut dirakam orang awam dan video berkenaan dikesan mula viral di media sosial sejak semalam. Menerusi video berdurasi 1 minit 28 saat itu, dapat dilihat mangsa dipukul dan ditendang berkali-kali oleh beberapa lelaki sehingga dia terjatuh, sambil diperhatikan sekumpulan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata siasatan awal mendapati pemandu itu keletihan dan mengantuk setelah tamat bertugas dan dalam perjalanan pulang.

"Dia dikatakan tidak sengaja terlanggar belakang motosikal terbabit dan kemudian terbabas melanggar empat buah kenderaan yang diparkir di kawasan perumahan berhampiran lebuh raya itu.

"Dia mengalami kecederaan teruk akibat dipukul sehingga tidak sedarkan diri. Dia dan dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun yang terbabit dalam kemalangan itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung insiden pukul berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan, manakala kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

dengan itu Perkara Pemandu lunyai kena tibai orang ramai

yang semua artikel Pemandu lunyai kena tibai orang ramai Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Pemandu lunyai kena tibai orang ramai dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/pemandu-lunyai-kena-tibai-orang-ramai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemandu lunyai kena tibai orang ramai"

Catat Ulasan

Loading...