Tajuk : Peluang Zarish Balas Dendam
link : Peluang Zarish Balas Dendam
Peluang Zarish Balas Dendam
MOHD Zarish Hakim Shukor. – Foto Luqman Hakim Zubir
KUALA LUMPUR: Dendam Mohd Zarish Hakim Shukor masih membara dan pesilat negara itu berharap pertarungan yang tergendala di Kejuaraan Pencak Silat Dunia di Bali, Indonesia, Disember lalu dapat ditamatkan di pentas final kelas Putra C Kejuaraan Silat Asia Tenggara/Pra Sukan SEA, Sabtu ini.
Di Bali, Zarish ditendang di bahagian dagu oleh pesilat Indonesia, Hanifan Yudani Kusumah – yang juga lawannya di final Sabtu ini – sehingga dia pengsan dan diisytiharkan tewas di suku akhir.
Insiden berkenaan turut menjadi punca ketegangan apabila pegawai perubatan bertugas ketika itu didakwa melanggar etika pertandingan dengan memberi kemenangan kepada pesilat tuan rumah.
Dan selepas tiga bulan insiden berkenaan, Zarish jelas mahu menggunakan peluang terhidang di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) sebagai medan untuknya membalas dendam yang masih membara.
“Masih ada perasaan marah itu… saya akan balas balik di sini dan buat yang terbaik di pentas final nanti,” kata pesilat berusia 19 tahun itu.
Pada aksi separuh akhir semalam, Zarish diberi kemenangan percuma selepas penyertaan lawannya dari Brunei, Zainorarif Zaini dibatalkan akibat melebihi berat badan ditetapkan.
Sebelum itu di pentas suku akhir, dia juga menang tanpa bertanding selepas lawannya dari Vietnam, Pham Thu Huong menarik diri daripada pertandingan.
“Saya belum sempat memasuki gelanggang bagi memanaskan badan dan terus saja ke final,” kata pesilat kelahiran Temerloh, Pahang itu.
“Apapun, saya akan buat yang terbaik di final sebagai persediaan menyertai Sukan SEA di Kuala Lumpur nanti.”
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nqXU0q✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Peluang Zarish Balas Dendam
Kini anda membaca artikel Peluang Zarish Balas Dendam dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/peluang-zarish-balas-dendam.html
0 Response to "Peluang Zarish Balas Dendam"
Catat Ulasan