Loading...

Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi

Loading...
Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi
link : Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi

lihat juga


Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi

KOTA KINABALU 18 Mac - Tiada yang lebih mengecewakan seorang bapa apabila mendapati anak bongsu kesayangannya berusia 16 tahun dipercayai diraba oleh seorang doktor gigi ketika mendapatkan rawatan di sebuah sekolah menengah di Tawau di sini semalam.


gambar hiasan


Ekoran rasa marah dan kecewa, lelaki terbabit yang merupakan penjawat awam dan hanya mahu dikenali sebagai Ilee, 45, membawa enam pelajar termasuk anaknya yang pernah mengalami mimpi ngeri itu membuat laporan polis.

Menceritakan lebih lanjut, Ilee yang dihubungi Mingguan Malaysia berkata, dia mendapat tahu kegiatan tidak bermoral dilakukan doktor gigi itu selepas anaknya menangis teresak-esak ketika pulang ke rumah, semalam.

"Saya menanyakan kenapa dia menangis sebelum anak bongsu saya itu memaklumkan dia diraba oleh seorang doktor gigi di sekolah ketika hendak mendapatkan rawatan gigi.

"Terkejut dengan penjelasan itu, saya kemudian meminta isteri menghubungi pihak sekolah dan seterusnya membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Tawau," katanya di sini hari ini.

Difahamkan, kegiatan tidak bermoral doktor gigi itu dikesan sejak tahun lalu lagi tetapi tiada sebarang laporan polis dibuat termasuk tindakan ke atasnya.

Lebih mengecewakan jelas Ilee, terdapat guru yang mengetahui kejadian itu selepas dilaporkan oleh pelajar tetapi gagal mengambil tindakan ke atas doktor tersebut kerana dipercayai tidak mahu menjejaskan kerjaya serta nama baik pegawai perubatan berkenaan.

"Malah, saya difahamkan laporan mengenai tingkah laku doktor gigi berkenaan juga telah dilaporkan kepada Ketua Perubatan Pergigian tetapi tiada tindakan.

Saya hairan kenapa mahu menyembunyikan perkara buruk ini kerana ia menjejaskan maruah serta mengakibatkan trauma kepada mangsa (pelajar)," katanya.

Selain itu, Ilee berharap pihak Jabatan Pendidikan negeri dan Jabatan Kesihatan (Pergigian) negeri mengambil tindakan segera ke atas doktor gigi tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang kepada pelajar lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus mengesahkan mengenai kejadian itu dan memaklumkan doktor gigi terbabit yang berusia 26 tahun telah ditahan petang semalam.

Katanya, suspek ditahan reman tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

KOTA KINABALU 18 Mac - Tiada yang lebih mengecewakan seorang bapa apabila mendapati anak bongsu kesayangannya berusia 16 tahun dipercayai diraba oleh seorang doktor gigi ketika mendapatkan rawatan di sebuah sekolah menengah di Tawau di sini semalam.


gambar hiasan


Ekoran rasa marah dan kecewa, lelaki terbabit yang merupakan penjawat awam dan hanya mahu dikenali sebagai Ilee, 45, membawa enam pelajar termasuk anaknya yang pernah mengalami mimpi ngeri itu membuat laporan polis.

Menceritakan lebih lanjut, Ilee yang dihubungi Mingguan Malaysia berkata, dia mendapat tahu kegiatan tidak bermoral dilakukan doktor gigi itu selepas anaknya menangis teresak-esak ketika pulang ke rumah, semalam.

"Saya menanyakan kenapa dia menangis sebelum anak bongsu saya itu memaklumkan dia diraba oleh seorang doktor gigi di sekolah ketika hendak mendapatkan rawatan gigi.

"Terkejut dengan penjelasan itu, saya kemudian meminta isteri menghubungi pihak sekolah dan seterusnya membuat laporan
Loading...
polis di Ibu pejabat Polis Daerah Tawau," katanya di sini hari ini.

Difahamkan, kegiatan tidak bermoral doktor gigi itu dikesan sejak tahun lalu lagi tetapi tiada sebarang laporan polis dibuat termasuk tindakan ke atasnya.

Lebih mengecewakan jelas Ilee, terdapat guru yang mengetahui kejadian itu selepas dilaporkan oleh pelajar tetapi gagal mengambil tindakan ke atas doktor tersebut kerana dipercayai tidak mahu menjejaskan kerjaya serta nama baik pegawai perubatan berkenaan.

"Malah, saya difahamkan laporan mengenai tingkah laku doktor gigi berkenaan juga telah dilaporkan kepada Ketua Perubatan Pergigian tetapi tiada tindakan.

Saya hairan kenapa mahu menyembunyikan perkara buruk ini kerana ia menjejaskan maruah serta mengakibatkan trauma kepada mangsa (pelajar)," katanya.

Selain itu, Ilee berharap pihak Jabatan Pendidikan negeri dan Jabatan Kesihatan (Pergigian) negeri mengambil tindakan segera ke atas doktor gigi tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang kepada pelajar lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus mengesahkan mengenai kejadian itu dan memaklumkan doktor gigi terbabit yang berusia 26 tahun telah ditahan petang semalam.

Katanya, suspek ditahan reman tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE



dengan itu Perkara Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi

yang semua artikel Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/pelajar-tingkatan-4-diraba-doktor-gigi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar tingkatan 4 diraba doktor gigi"

Catat Ulasan

Loading...