Tajuk : PDAM Setuju Kaedah Baharu Harga Siling Bahan Api
link : PDAM Setuju Kaedah Baharu Harga Siling Bahan Api
PDAM Setuju Kaedah Baharu Harga Siling Bahan Api
Beberapa hari lalu, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan yang bakal melaksanakan penetapan harga siling bahan api secara mingguan mulai April ini. Menurut PDAM, perkara ini tidak akan menguntungkan pengguna dalam tempoh waktu yang panjang. Malahan ia akan memberikan kesan buruk terhadap pengusaha stesen minyak kerana mempunyai kebarangkalian terpaksa gulung tikar.
Walau bagaimana pun, setelah mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dua hari yang lalu, PDAM akhirnya bersetuju dengan kaedah baru penetapan harga siling bahan api yang diputuskan, laporan Harian Metro.
“Dalam pertemuan itu, kita sudah berbincang dengan PDAM dan hari ini kita akan berjumpa dengan syarikat pengeluar minyak di negara ini untuk memberi penjelasan kepada mereka.
“Selepas pertemuan antara kementerian dengan syarikat minyak, kita akan mengumumkan harga siling bahan api mengikut kaedah yang lebih jelas kepada mereka termasuk pengguna,” ujar Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Namun, Hamzah tidak mendedahkan perincian mengenai perbincangan antara pihak KPDNKK dengan PDAM.
Awal bulan ini, Hamzah mengumumkan pihak kerajaan memutuskan untuk mengumumkan harga siling bahan api pada setiap minggu, berbanding yang dilakukan sebelum ini pada hujung bulan. Katanya, ia akan dilaksanakan mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.
Kemungkinan, harga siling bahan api akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding dilakukan sebulan sekali ketika ini.
<!–
–>
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m8FIV2✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Beberapa hari lalu, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan yang bakal melaksanakan penetapan harga siling bahan api secara mingguan mulai April ini. Menurut PDAM, perkara ini tidak akan menguntungkan pengguna dalam tempoh waktu yang panjang. Malahan ia akan memberikan kesan buruk terhadap pengusaha stesen minyak kerana mempunyai kebarangkalian terpaksa gulung tikar.
Walau bagaimana pun, setelah mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dua hari yang lalu, PDAM akhirnya bersetuju dengan kaedah baru penetapan harga siling bahan api yang diputuskan, laporan Harian Metro.
“Dalam pertemuan itu, kita sudah berbincang dengan PDAM dan hari ini kita akan berjumpa dengan syarikat pengeluar minyak di negara ini untuk memberi penjelasan kepada mereka.
“Selepas pertemuan antara kementerian dengan syarikat minyak, kita akan mengumumkan harga siling bahan api mengikut kaedah yang lebih jelas kepada mereka termasuk pengguna,” ujar Menteri KPDNKK
Namun, Hamzah tidak mendedahkan perincian mengenai perbincangan antara pihak KPDNKK dengan PDAM.
Awal bulan ini, Hamzah mengumumkan pihak kerajaan memutuskan untuk mengumumkan harga siling bahan api pada setiap minggu, berbanding yang dilakukan sebelum ini pada hujung bulan. Katanya, ia akan dilaksanakan mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.
Kemungkinan, harga siling bahan api akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding dilakukan sebulan sekali ketika ini.
<!–
–>
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m8FIV2✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara PDAM Setuju Kaedah Baharu Harga Siling Bahan Api
Kini anda membaca artikel PDAM Setuju Kaedah Baharu Harga Siling Bahan Api dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/pdam-setuju-kaedah-baharu-harga-siling.html
0 Response to "PDAM Setuju Kaedah Baharu Harga Siling Bahan Api"
Catat Ulasan