Loading...

PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan!

Loading...
PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan! - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan!, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan!
link : PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan!

lihat juga

PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan!

Sejak mula diperkenalkan di Malaysia tahun lalu, Honda Civic generasi kesepuluh tidak perlu menunggu lama untuk menawan pasaran tempatan. Berdasarkan rekod, pasaran sedan segmen-C di Malaysia untuk tahun 2016 diungguli oleh Civic dengan mencatatkan 68% dalam bahagian pasaran – bermaksud sedan segmen-C dari jenama lain berkongsi 32% bahagian pasaran tempatan tahun lalu, dominasi secara total oleh Civic.

Bukan itu sahaja, malah Civic FC ini juga jelas lebih berjaya dari generasi FB sebelum ini di mana ia mencatatkan peningkatan 165% berbanding rekod jualan tahun 2015, dicapai hanya selepas enam bulan dilancarkan. Satu perkara lagi yang menarik perhatian, dari keseluruhan Civic yang dijual, dua varian tertinggi yang menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbo dijual dengan jumlah yang lebih tinggi iaitu 63%, dan selebihnya adalah varian paling rendah 1.8S.

Dengan statistik ini, tidak hairan mengapa model 1.5 TC lebih mudah untuk ditemui diatas jalan raya berbanding model 1.8S. Tetapi jika dilihat dari segi jarak harga, Honda Civic 1.8S jauh lebih murah dari model lebih premium, iaitu dijual pada harga atas jalan dengan insuran RM113,800, berbanding model pertengahan 1.5TC berharga RM127,800 (lebih RM14k lebih mahal) dan RM135,800 untuk 1.5TC-Premium (RM22k lebih mahal).

Setelah memandu uji model 1.5 TC di Sabah tahun lalu, saya tertanya-tanya adakah model 1.8S merupakan sebuah model yang tidak berbaloi sehinggakan model yang lebih premium dijual lebih banyak dari model yang lebih mampu milik. Jadi, kami mendapatkan satu unit varian berkenaan dari Honda Malaysia untuk dipandu uji bagi mendapatkan jawapan.

Kita lihat dahulu perbezaan ciri yang diberikan pada model 1.8S berbanding model-model lebih premium. Pada bahagian luaran, model ini tidak diberikan lampu hadapan LED sepenuhnya, namun lampu nyalaan siang LED serta lampu kabus (bukan LED) diberikan secara standard.

Ia juga dilengkapi dengan rim aloi berdiameter 16-inci dua tona, berbanding model 1.5 TC yang diberikan rim 17-inci. Tiada emblem VTEC Turbo diberikan, sebaliknya digantikan dengan i-VTEC pada tempat yang sama. Selain dari itu, ciri lain adalah sama dengan varian yang lebih mahal. Ia juga hanya dilengkapi dengan satu muffler ekzos, berbanding dua untuk model turbo.

Masuk ke kabin, model 1.8S ini juga dilihat hadir dengan banyak ciri yang sama dengan model 1.5T termasuk paparan instrumen dengan skrin LCD berwarna sepenuhya, menampilkan takometer, speedometer, dan juga tolok informasi lain dalam bentuk digital. Papan pemuka turut diberikan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci untuk sistem infotaimen Honda Display Audio dan turut berfungsi sebagai paparan kamera undur serta kawalan penghawa dingin dua-zon. Tiada sistem navigasi diberikan di mana ia hanya hadir untuk varian 1.5 TC Premium.

Ciri standard lain ditampilkan pada varian 1.8S ini termasuk brek parkir elektronik (dengan fungsi auto brake hold), liang penghawa dingin belakang, tempat duduk hadapan larasan berkuasa lapan-hala, roda stereng pelbagai fungsi balutan kulit, sistem kunci pintar bersama butang penghidup enjin bersama penghidup enjin kawalan jauh serta kunci pintu automatik walk away.

Upholsteri kulit pada tempat duduk dan kemasan lain tidak diberikan, namun fabrik yang ditampilkan tidak kalah premiumnya dengan penampilan seperti kain denim, dan juga jahitan diserlahkan dengan benang putih, kontras dengan tema hitam keseluruhan. Pedal penukar gear pada stereng juga tidak diberikan pada varian paling asas ini.

Honda Malaysia juga memberikan ciri-ciri keselamatan yang sama pada varian 1.5 TC dan 1.5 TC-Premium pada model paling asas tersebut – dilengkapi enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSC), Isyarat Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki, tali pinggang keledar pra-tekanan dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

Varian paling rendah ini diberikan enjin R18 1.8 liter i-VTEC, unit yang sama menjana model FB terdahulu dengan bekalan kuasa 141 PS pada takat 6,500 rpm dan tork maksima 174 Nm pada takat 4,300 rpm. Tetapi ia tidak dipadankan dengan kotak gear automatik konvensional lima-kelajuan, sebaliknya diberikan transmisi CVT automatik.

Walaupun enjin ini tidak mempunyai kuasa yang besar seperti enjin L15B7 1.5 liter VTEC Turbo (173 PS/220 Nm), ia bukanlah sebuah enjin yang boleh dilabelkan sebagai underpower. Ia masih memberikan tujahan pecutan yang baik, malah kuasa linear yang dihasilkan oleh enjin ini dirasakan lebih sepadan dengan transmisi CVT yang diberikan.

Semasa menguji model 1.5 liter Turbo sebelum ini, transmisi CVT merupakan aspek yang merencatkan keseronokan memandu sedan ini kerana ia seolah-olah menahan kuasa kuda dan tork enjin tersebut dari dapat dirasakan sepenuhnya pada pedal pendikit, serta memberikan sedikit rasa “rubber band” yang agak nyata.

Sebaliknya yang berlaku pada model 1.8S ini di mana kuasa linear pada enjin berkenaan dirasakan begitu padan dengan transmisi CVT. Sebaik sahaja pedal pendikit ditekan, ia terus ‘pergi’ dengan “rubber band feel” yang begitu minimal, dan juga begitu lancar, walaupun tidak memberikan daya-G seperti yang dapat dirasakan pada varian turbo.

Saya mula terlupa ini merupakan Civic varian paling asas ditawarkan di Malaysia sebaik sahaja memandunya di kawasan jalan berliku Ulu Yam. Talaan suspensi yang diberikan adalah sama dengan talaan pada model 1.5 TC, dengan dinamik yang membolehkan anda ‘merasa’ keseluruhan pergerakan casis sedan ini.

Ini membolehkan pergerakan kereta ini sangat mudah untuk diagak, dan anda hanya sedar anda sedang melalui selekoh dengan laju setelah mendengar bunyi decitan tayar.

Ia membuatkan saya tersedar bahawa revolusi paling besar dilakukan pada Civic generasi kesepuluh (turut didakwa Honda sebagai Civic terbaik pernah dihasilkan) bukanlah pada pengenalan teknologi VTEC Turbo pada enjin, tetapi pada kerangka kereta itu sendiri, yang mampu memberikan pengalaman memandu yang mengujakan walaupun tanpa enjin yang betul-betul berkuasa.

Dengan talaan suspensi yang sama ini juga, tahap keselesaan pada model 1.8S ini juga berada pada tahap yang sama dengan model varian lebih tinggi – terasa sedikit ‘memantul’ pada permukaan jalan yang beralun dan tidak rata, tetapi mampu menyerap hentakan dengan sangat baik dan gegaran pada badan terasa sangat minima ketika melalui jalan dengan permukaan yang agak teruk (tar pecah dan lubang-lubang kecil) kerana dilengkapi dengan sesendal-sesendal (bushing) utama suspensi yang mengandungi bendalir di dalamnya.

Aspek lain rasanya tidak perlu diulangi lagi pada ulasan pandu uji kali ini kerana ia sama seperti model 1.5 TC yang telah diulas sebelum ini. Persoalannya, adakah berbaloi sekiranya anda membeli model ini untuk mengurangkan sedikit jumlah harga yang perlu dibayar berbanding dengan membeli model varian pertengahan mahupun model varian tertinggi?

Secara peribadi, pada saya model 1.8S ini sudahpun menyerlahkan 90% teknologi terkini yang ditawarkan Honda menerusi model Civic generasi terbaharu. Harga yang ditawarkan juga agak munasabah dengan ciri diberikan kebanyakkannya hampir sama dengan model-model varian lebih tinggi.

Jadi, untuk mereka yang telah berniat untuk memiliki Civic, tetapi masih berkira-kira dengan bajet yang terlalu tinggi untuk varian-varian yang hadir dengan janaan enjin VTEC Turbo, ulasan pandu uji ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk membuat keputusan sama ada untuk terus memilih model pertengahan, atau pun mempertimbangkan untuk memilik model yang lebih mampu milik ini.

<!–

–>

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mlOAGG

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

Walaupun enjin ini tidak mempunyai kuasa yang besar seperti enjin L15B7 1.5 liter VTEC Turbo (173 PS/220 Nm), ia bukanlah sebuah enjin yang boleh dilabelkan sebagai underpower. Ia masih memberikan tujahan pecutan yang baik, malah kuasa

Loading...
linear yang dihasilkan oleh enjin ini dirasakan lebih sepadan dengan transmisi CVT yang diberikan.

Semasa menguji model 1.5 liter Turbo sebelum ini, transmisi CVT merupakan aspek yang merencatkan keseronokan memandu sedan ini kerana ia seolah-olah menahan kuasa kuda dan tork enjin tersebut dari dapat dirasakan sepenuhnya pada pedal pendikit, serta memberikan sedikit rasa “rubber band” yang agak nyata.

Sebaliknya yang berlaku pada model 1.8S ini di mana kuasa linear pada enjin berkenaan dirasakan begitu padan dengan transmisi CVT. Sebaik sahaja pedal pendikit ditekan, ia terus ‘pergi’ dengan “rubber band feel” yang begitu minimal, dan juga begitu lancar, walaupun tidak memberikan daya-G seperti yang dapat dirasakan pada varian turbo.

Saya mula terlupa ini merupakan Civic varian paling asas ditawarkan di Malaysia sebaik sahaja memandunya di kawasan jalan berliku Ulu Yam. Talaan suspensi yang diberikan adalah sama dengan talaan pada model 1.5 TC, dengan dinamik yang membolehkan anda ‘merasa’ keseluruhan pergerakan casis sedan ini.

Ini membolehkan pergerakan kereta ini sangat mudah untuk diagak, dan anda hanya sedar anda sedang melalui selekoh dengan laju setelah mendengar bunyi decitan tayar.

Ia membuatkan saya tersedar bahawa revolusi paling besar dilakukan pada Civic generasi kesepuluh (turut didakwa Honda sebagai Civic terbaik pernah dihasilkan) bukanlah pada pengenalan teknologi VTEC Turbo pada enjin, tetapi pada kerangka kereta itu sendiri, yang mampu memberikan pengalaman memandu yang mengujakan walaupun tanpa enjin yang betul-betul berkuasa.

Dengan talaan suspensi yang sama ini juga, tahap keselesaan pada model 1.8S ini juga berada pada tahap yang sama dengan model varian lebih tinggi – terasa sedikit ‘memantul’ pada permukaan jalan yang beralun dan tidak rata, tetapi mampu menyerap hentakan dengan sangat baik dan gegaran pada badan terasa sangat minima ketika melalui jalan dengan permukaan yang agak teruk (tar pecah dan lubang-lubang kecil) kerana dilengkapi dengan sesendal-sesendal (bushing) utama suspensi yang mengandungi bendalir di dalamnya.

Aspek lain rasanya tidak perlu diulangi lagi pada ulasan pandu uji kali ini kerana ia sama seperti model 1.5 TC yang telah diulas sebelum ini. Persoalannya, adakah berbaloi sekiranya anda membeli model ini untuk mengurangkan sedikit jumlah harga yang perlu dibayar berbanding dengan membeli model varian pertengahan mahupun model varian tertinggi?

Secara peribadi, pada saya model 1.8S ini sudahpun menyerlahkan 90% teknologi terkini yang ditawarkan Honda menerusi model Civic generasi terbaharu. Harga yang ditawarkan juga agak munasabah dengan ciri diberikan kebanyakkannya hampir sama dengan model-model varian lebih tinggi.

Jadi, untuk mereka yang telah berniat untuk memiliki Civic, tetapi masih berkira-kira dengan bajet yang terlalu tinggi untuk varian-varian yang hadir dengan janaan enjin VTEC Turbo, ulasan pandu uji ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk membuat keputusan sama ada untuk terus memilih model pertengahan, atau pun mempertimbangkan untuk memilik model yang lebih mampu milik ini.

<!–

–>

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mlOAGG

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan!

yang semua artikel PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan! Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan! dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/pandu-uji-honda-civic-18s-boleh-tahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PANDU UJI: Honda Civic 1.8S – Boleh Tahan!"

Catat Ulasan

Loading...