Tajuk : NASA Menguji Kebolehan Mengenal-Pasti Sel Hidup Untuk Misi Marikh
link : NASA Menguji Kebolehan Mengenal-Pasti Sel Hidup Untuk Misi Marikh
NASA Menguji Kebolehan Mengenal-Pasti Sel Hidup Untuk Misi Marikh
NASA senantiasa berada dalam misi untuk mencari penemuan-penemuan baru di angkasa lepas. Terkini, dengan usaha NASA untuk misi ke planet Marikh, mereka sedang menguji kebolehan baru untuk mengenal-pasti sel-sel hidup di planet Marikh.
Sebelum NASA melakukan ujian berkenaan secara terus di Marikh, mereka dilihat telah membuat beberapa ujian berkaitan di Bumi terlebih dahulu. Gurun Atacama di Chile menjadi tempat uji-kaji mereka, kerana menurut NASA, ia adalah satu-satunya tempat di muka bumi yang paling hampir sekali dengan permukaan planet merah tersebut.
Gurun Atacama mempunyai padang pasir yang sangat kering, sehinggakan mikro-organisma hanya mampu tinggal beberapa kaki di bawah tanah di gurun tersebut. Gurun berkenaan juga sering dibanjiri dengan cahaya ultraviolet, hampir sama seperti di planet Marikh.
Atacama Rover Astrobiology Drilling Studies (ARADS) menjalankan ujikaji ini bagi pihak NASA dengan menggunakan perayau ujian KREX-2 – dilengkapi dengan tiga alat pengesan kehidupan yang berbeza. Dua daripada peralatan tersebut, iaitu Wet Chemistry Lab dan Signs of Life Detector pernah digunakan sebelum ini, manakala peralatan Microfluidic Life Analyzer pula peralatan serba baru, dan ianya digunakan untuk menguji kehadiran asid amino, yang merupakan salah-satu daripada bahan asas untuk kehidupan.
Ujian-ujian peralatan ini telah dilakukan oleh pihak ARADS sepanjang bulan Februari yang lalu, dan kelengkapan ini dikatakan berkemungkinan besar akan digunakan oleh perayau planet marikh NASA yang dijangka akan berlepas pada tahun 2020 nanti.
✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
NASA senantiasa berada dalam misi untuk mencari penemuan-penemuan baru di angkasa lepas. Terkini, dengan usaha NASA untuk misi ke planet Marikh, mereka sedang menguji kebolehan baru untuk mengenal-pasti sel-sel hidup di planet Marikh.
Sebelum NASA melakukan ujian berkenaan secara terus di Marikh, mereka dilihat telah membuat beberapa ujian berkaitan di Bumi terlebih dahulu. Gurun Atacama di Chile menjadi tempat uji-kaji mereka, kerana menurut NASA, ia adalah satu-satunya tempat di muka bumi yang paling hampir sekali dengan permukaan planet merah tersebut.
Gurun Atacama mempunyai padang pasir yang sangat kering, sehinggakan mikro-organisma hanya mampu tinggal beberapa kaki di bawah tanah di gurun tersebut. Gurun berkenaan juga sering dibanjiri dengan cahaya ultraviolet, hampir sama seperti di planet Marikh.
Atacama Rover Astrobiology Drilling Studies (ARADS) menjalankan ujikaji ini bagi pihak NASA dengan menggunakan perayau ujian KREX-2 – dilengkapi dengan tiga alat pengesan kehidupan yang berbeza. Dua daripada peralatan tersebut,
Ujian-ujian peralatan ini telah dilakukan oleh pihak ARADS sepanjang bulan Februari yang lalu, dan kelengkapan ini dikatakan berkemungkinan besar akan digunakan oleh perayau planet marikh NASA yang dijangka akan berlepas pada tahun 2020 nanti.
✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara NASA Menguji Kebolehan Mengenal-Pasti Sel Hidup Untuk Misi Marikh
Kini anda membaca artikel NASA Menguji Kebolehan Mengenal-Pasti Sel Hidup Untuk Misi Marikh dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/nasa-menguji-kebolehan-mengenal-pasti.html
0 Response to "NASA Menguji Kebolehan Mengenal-Pasti Sel Hidup Untuk Misi Marikh"
Catat Ulasan