Tajuk : Mayat Wanita Tanpa Dokumen Ditemui Lemas
link : Mayat Wanita Tanpa Dokumen Ditemui Lemas
Mayat Wanita Tanpa Dokumen Ditemui Lemas
Spread the love
GEORGE TOWN – Mayat seorang wanita lengkap berpakaian dan bahagian muka bertutup dengan kain ditemui terapung di sungai bersebelahan Kondominium Putra Place, Queensbay dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat mayat terapung di sungai itu kira-kira 1.30 tengah tadi.
“Sepasukan polis dengan bantuan bomba ke tempat kejadian berjaya membawa naik mayat itu ke darat dan pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang dokumen bersamanya,” kata beliau di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan di badan mayat itu dan dipercayai mangsa yang berusia lingkungan 50-an telah mati tidak sampai 24 jam.
Katanya mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Anuar turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu atau kehilangan anggota keluarga agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong, 40-an, berkata beliau berada tidak jauh dari sungai itu sebelum seorang lelaki memanggilnya memaklumkan terdapat mayat terapung dan dia terus ke situ untuk melihat dengan lebih dekat.
“Mula-mula lelaki itu ingat sampah tetapi selepas dia tengok dan amati, rupa-rupanya mayat seorang wanita. Kami terus hubungi polis,” katanya. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Mayat Wanita Tanpa Dokumen Ditemui Lemas
Kini anda membaca artikel Mayat Wanita Tanpa Dokumen Ditemui Lemas dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/mayat-wanita-tanpa-dokumen-ditemui-lemas.html
0 Response to "Mayat Wanita Tanpa Dokumen Ditemui Lemas"
Catat Ulasan