Tajuk : Mampukah Aku Kelak Jadi Mak Mertua Sehebat Dia?
link : Mampukah Aku Kelak Jadi Mak Mertua Sehebat Dia?
Mampukah Aku Kelak Jadi Mak Mertua Sehebat Dia?
Dari mula kahwin kami tinggal di Kuala Lumpur. Suami saya seorang askar. Tinggal di kuaters tentera. Duit untuk mak dia memang dah siap potong dari gaji begitu juga potongan untuk isteri. Sebab bila mereka operasi, tiada masalah nafkah mak dan isteri terabai. Citanya sejak kawin walaupun RM200 suami potong dari gaji automatik untuk mak dia tetapi mak dia akan mintak lagi RM200 pada 25 haribulan, cuma bonus memang dia tak minta.
Saya suri rumah. Jaga anak sendiri sejak berhenti kerja. Setiap 25 haribulan, ibu mentua saya akan telefon saya ataupun suami nak tunggu suami masukkan duit RM200 itu masuk kalau tak dia tak nak balik dari bandar. Memang awalnya saya geram. Yelah kadang tak sempat nak keluar 25hb. Sejak ada CIMB Clicks ini, semakin tiada alasan lagi untuk bank-in. Suami diam saja bila saya cakapkan sudah buat potongan RM200 kenapa minta lagi RM200.
Suami cakap, “Lihat rezeki kita. Tidak pernah beras habis sebelum gaji. Makan ayam sampai muak tak tau nak makan apa. Jangan mengeluh.”
Saya diam sebab memang betul. Potongan saya pun saya pakai makan ke holiday ke dengan suami dan anak. Gaji dia untuk bayar kereta, lauk dan belanja kerja. Kelengkapan anak sentiasa cukup, bil api air masuk slip gaji bayar. Anak kami dua orang semakin besar. Umur perkawinan sudah masuk 12 tahun.
Tahun lepas kami balik Sarawak. Mak ajak jalan. Saya sudah pakai bedak baju lawa minyak wangi. Sekali dia drive sampai hutan, dia bagi surat. “nah ini dia harta korang.” Bila tengok senarai nama pemilik, nama anak kedua anak tersenarai di dalam surat tanah tu. Besar luas tanah tu.
“Duit dari mana mak beli tanah ni?” tanya suami.
“Lah, tiap-tiap bulan mak minta RM200, kamu bagi RM400. Mak sudah kumpul duit di ASB sebab mak tahu selepas kahwin anaknya itu tidak pandai menyimpan. Kalau dia bagi isteri dia simpan, akan ada syaitan hasut suruh ambik. Ada saja kesusahan datang dah ambik simpanan. Kalau mak minta dan simpan. Syaitan pun takut nak mintak.” jawab ibu mentua
Saya terkedu mendengar penjelas mentua saya itu. Terasa ada dosa sebab ada perasaan sedikit menyampah semasa bank in suatu ketika dulu.
Suami tanya lagi, “Kenapa tidak letak nama saya ke nama isteri dalam geran?”
Tau mak mertua jawab apa?
“Andainya kamu mati. Inilah harta anak kamu. Adik beradik suku sakat bau bacang semua tak boleh usik. Mak sudah tua. Tak tau bila masa boleh mati. Ikutnya adik beradik tamak. Bini kamu dapat apa? Akan dituntut hak konon.” balas mentua saya lagi.
Masa tu kami diam je tak tau kata apa.
Sekali ibu mentua saya sambung, “Mulai bulan depan. Mak nak tambah lagi seratus. Mak nak tanah ni dijadikan ladang sawit. Tak lama lagi kamu pencen. Mak mahu anak mak ada masa depan. Orang pencen biasanya terbuta dengan duit. Bila nama tanah ni nama anak kamu maka korang akan berfikir 10 kali andai nak bercerai. Mak tambah dengan sawit nanti lagi la tak buta warna nak buat kesalahan.”
Lagi kami terdiam. Jauh betul perancangan ibu mentua saya. Terharu sebab dalam diam di usaha untuk bahagiakan kami suami isteri. Selama ini sesen duit anak dia, dia tak sentuh. Sebab bapa mertua bagi secukupnya duit untuk mak. Mampukah aku kelak jadi mak mertua sehebat dia? Tidak pernah bising walau menantu bangun pukul 8 pagi, sebab dia kata, biarlah dia tidur puas, di Kuala Lumpur dia sudah bangun awal urus anak dia nak turun kerja, cucu mahu ke sekolah.
Orang kata pelajaran di rumah bermulanya kehidupan. Betul. Sebab masa saya pantang atau demam. Segala hal di rumah diuruskan suami lagi baik dari saya. Masak punyalah sedap sebab menipulah kalau askar tak reti masak. Ingat kat hutan ada orang nak masak? Sapu mop memang bersih. Kat kem pun tidak pernah buat. Sampai rumah co pun depa bersihkan tau. Semoga kita dapat menjadi mertua yang baik seperti beliau kelak. Aku dan kamu bakal jadi mertua. Bersamalah kita mencorakkan hidup memakai pangkat kelak.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mZvY0t✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Mampukah Aku Kelak Jadi Mak Mertua Sehebat Dia?
Kini anda membaca artikel Mampukah Aku Kelak Jadi Mak Mertua Sehebat Dia? dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/mampukah-aku-kelak-jadi-mak-mertua.html
0 Response to "Mampukah Aku Kelak Jadi Mak Mertua Sehebat Dia?"
Catat Ulasan