Tajuk : Mahkamah Kekal Hukuman Mati ‘Rambo Bentong’
link : Mahkamah Kekal Hukuman Mati ‘Rambo Bentong’
Mahkamah Kekal Hukuman Mati ‘Rambo Bentong’
Spread the love
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati ke atas Rabidin Satir atau lebih dikenali ‘Rambo Bentong’ bagi sabitan membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong, hampir lima tahun lepas.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Mohtarudin Baki juga mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadap Rabidin, 47, atas empat pertuduhan lain antaranya dua pertuduhan merogol isteri mangsa bunuh itu.
Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkata panel itu berpuas hati bahawa isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan Rabidin tidak mempunyai merit dan keterangan dalam kes itu juga adalah kukuh.
“Sabitan adalah selamat. Rayuan ditolak dan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya.
Pada 3 Dis 2015, Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang, menjatuhkan hukuman mati terhadap Rabidin kerana membunuh lelaki berusia 31 tahun itu di sebuah rumah, di kawasan Perumahan Jabatan Perhutanan, Jalan Tras, Bentong, Pahang pada 3 Nov 2012.
Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dengan dua sebatan atas pertuduhan mengacukan senjata api terhadap si mati, penjara lapan tahun dan dua sebatan terhadap pertuduhan merompak dan hukuman penjara 12 tahun dan lapan sebatan bagi dua pertuduhan merogol isteri si mati.
Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di tempat, tarikh dan masa sama.
Ini kali kedua Rabidin dijatuhi hukuman mati. Pada 6 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman sama terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh remaja berusia 17 tahun, pada 2009.
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati itu selepas menolak rayuan Rabidin.
Bagi kes hari ini, mengikut fakta kes, pakar bedah dalam keterangannya berkata tulang tempurung kepala si mati telah retak, selaput otaknya terkoyak serta mengalami pendarahan yang teruk.
Menurut keterangan isteri si mati, kepala suaminya telah dihentak bertubi-tubi oleh lelaki itu (Rabidin) menggunakan senapang dan ketika kejadian si mati dan isteri sedang tidur di ruang tamu.
Perayu juga telah merompak seutas rantai tangan, sebentuk cincin, telefon bimbit juga jam tangan dan dia berjaya ditangkap polis 11 hari selepas kejadian di suatu tempat di atas bukit, di Bentong serta sepucuk senapang buatan sendiri dan barang kemas turut dijumpai.
Peguam Osman Ujang dan Datuk Azmi Talib mewakili perayu manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

Dia didakwa

dengan itu Perkara Mahkamah Kekal Hukuman Mati ‘Rambo Bentong’
Kini anda membaca artikel Mahkamah Kekal Hukuman Mati ‘Rambo Bentong’ dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/mahkamah-kekal-hukuman-mati-rambo.html
0 Response to "Mahkamah Kekal Hukuman Mati ‘Rambo Bentong’"
Catat Ulasan