Loading...

Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu

Loading...
Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu
link : Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu

lihat juga

Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu

Kampar: Kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di atas tanah lombong di Kuala Dipang, di sini, diserbu beberapa jabatan kelmarin selepas menerima maklumat ikan dipelihara pengusaha kolam itu diberi makan bangkai babi.

Operasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dijalankan itu membabitkan beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Jabatan Mufti, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar, polis dan beberapa agensi lain.

Pemeriksaan dijalankan itu kini tular di media sosial termasuk gambar menunjukkan tulang haiwan dipercayai babi ditemui di tepi kolam berkenaan termasuk beberapa keping gambar operasi dijalankan itu.

Dalam mesej berkenaan, turut dinyatakan bangkai haiwan berkenaan didakwa diberikan sebagai makanan ikan ternakan kepada pengusahanya yang menternak tiga jenis ikan iaitu Patin, Rohu dan Talapia manakala ia dipasarkan di Perak serta Selayang, Selangor.

Difahamkan, pihak berkuasa juga sudah mengambil sampel tulang berkenaan untuk dianalisa kesahihannya sama ada benar tulang yang ditemui itu adalah benar tulang babi dan bangkai haiwan itu dijadikan makanan.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi mengesahkan operasi dijalankan itu dan memberitahu ketika serbuan pengusaha serta pekerja kolam ternakan itu tiada di lokasi.

Katanya, pihaknya yang turut serta dalam operasi itu hanya menjalankan pemeriksaan daripada aspek halal dan haram kerana ikan ternakan berkenaan didakwa diberi makan bangkai babi.

Menurutnya, hukum sama ada halal atau haram ikan diternak itu hanya ditentukan selepas hasil analisa diperoleh daripada sampel tulang berkenaan yang diambil jabatan bertanggungjawab.

Sementara itu, sumber PDT Kampar berkata, pengusaha berkenaan didapati mengusahakan kolam ternakan itu secara haram dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan siapa pemilik kolam berkenaan. - Mymetro

dengan itu Perkara Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu

yang semua artikel Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/kolam-ikan-diberi-makan-bangkai-babi_10.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kolam ikan diberi makan bangkai babi diserbu"

Catat Ulasan

Loading...