Tajuk : Kewajaran Haram Khidmat Dego Ride
link : Kewajaran Haram Khidmat Dego Ride
Kewajaran Haram Khidmat Dego Ride
KEMENTERIAN Pengangkutan putuskan melarang aplikasi ride-sharing, iaitu perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride. – Foto fail NSTP
KERAPKALI, langkah saya terhenti apabila wartawan menunggu saya di muka pintu, cuba mencungkil respons saya mengenai isu semasa atau yang berbau kontroversi.
Namun, disebabkan keadaan dan suasana tidak mengizinkan, saya tidak dapat melayan persoalan yang diajukan, apatah lagi isu dasar negara pastinya memerlukan jawapan teliti, yang tidak mungkin terucap dek beberapa ayat di muka pintu.
Malah, pernah juga respons saya dipetik di luar konteks. Justeru, saya terdorong untuk menulis ruangan ini setiap dua minggu agar dapat berbicara terus dengan rakyat, lantas melenyapkan jurang maklumat antara kerajaan dengan rakyat, kerana kesejahteraan rakyat ialah keutamaan kami.
Dalam ruangan ini, saya akan memberi tumpuan terhadap pemahaman rakyat amnya mengenai cabaran yang didepani sistem pengangkutan awam – dan susun cara yang akan dilaksanakan kerajaan untuk menangani cabaran berkenaan, di samping isu semasa yang membabitkan kepentingan awam.
Pembikinan dasar adalah suatu arena yang amat rumit dan sengit. Akan sentiasa ada pihak yang mempersoalkan dan berselisih pendapat mengenai dasar kerajaan – itu perkara biasa. Akan tetapi, selaku penjawat awam yang dilantik rakyat, saya bertanggungjawab memperjelas dasar ini kepada penduduk kawasan saya.
Masalahnya, satu atau dua petikan dalam siaran media takkan mungkin cukup untuk menjelaskan sebab serta rasional di sebalik tindakan yang saya ambil. Sebagai contoh, keputusan Kementerian Pengangkutan untuk melarang perkhidmatan aplikasi ride-sharing, iaitu perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Kementerian Pengangkutan dan saya sendiri diasak pelbagai pihak disebabkan keputusan itu.
Keputusan bukan sesuka hati
Yang pasti dan penting saya nyatakan di sini, keputusan itu bukanlah dibuat sesuka hati, bahkan diputuskan susulan pertimbangan dan penelitian pakar kalangan penasihat khas, penjawat awam dan badan bukan kerajaan yang bimbang isu keselamatan Dego Ride. Tahun lalu, berdasarkan data polis, bilangan kemalangan mencecah 521,466 – dan meragut 7,152 nyawa.
Daripada jumlah itu, penunggang motosikal menyumbang kepada 62.7 peratus kematian di jalan raya, berbanding pemandu kereta (20.8 peratus), pejalan kaki (7.1 peratus) dan lori (2.6 peratus). Risiko kematian dan kecederaan parah apabila menunggang motosikal 48 kali lebih tinggi berbanding menaiki bas dan 6.2 kali lebih tinggi apabila memandu kereta dalam jarak yang sama. Jumlah ini memang tidak masuk akal.
Seperti yang pernah saya nyatakan, saya tidak keberatan bersemuka dengan pengendali Dego Ride tetapi kerajaan tetap berkeras mempertahankan larangan itu kerana isu keselamatan awam bukan perkara enteng buat kami. Keutamaan saya adalah memastikan kita mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisien, efektif dari segi kos, boleh diyakini, selesa dan selamat. Tiada penyelesaian singkat apabila membabitkan keselamatan awam. Risiko keselamatan perlu diuruskan – inilah matlamat yang tetap saya pegang.
Tidak kira apa pendapat sesetengah pihak, yang pasti, kerajaan sentiasa menggalakkan inovasi dan teknologi untuk merungkai masalah kesesakan trafik negara. Buktinya, lihat sahaja perkembangan terbaru yang dicapai seperti Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, LRT3 dan rel berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura (HSR) yang jelas menunjukkan komitmen kerajaan kepada pelaburan jangka panjang demi mewujudkan sistem pengangkutan awam bandar yang moden dan bertaraf dunia.
LRT3 adalah projek rel berteknologi hijau yang pertama seumpamanya di Malaysia menggunakan teknologi air hujan, pengawalan bunyi bising dan sistem pengurusan tenaga lebih baik, di samping pengudaraan alami yang diterapkan dalam reka bentuk stesen. Apabila siap pada 2020, laluan LRT3 sepanjang 37km ini akan menghubungkan lebih dua juta penduduk di antara Bandar Utama dan Johan Setia, Klang.
Laluan HSR pula menggabungkan teknologi landasan berkembar pada ‘standard gauge’ dengan daya kuasa kelajuan tinggi. Tren HSR dijangka beroperasi pada kelajuan 300km/jam, membolehkan penumpang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura dalam tempoh kurang 90 minit.
Semua ini ialah projek bersifat game-changer, menyumbang kepada ekonomi yang pantas berkembang. Lebih penting, projek ini bakal meningkatkan daya huni apabila berjaya mengurangkan kesesakan trafik, menyediakan akses lebih baik dan menyepadukan pengangkutan awam bandar dengan ketara demi manfaat rakyat.
Amanah lain yang turut saya pegang dengan penuh tanggungjawab ialah peranan selaku Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA). Lebih seminggu yang lalu, MCA menyumbang dana RM1 juta kepada Pusat Kajian Sosial dan Dasar Tun Tan Cheng Lock di Universiti Tunku Abdul Rahman untuk membiayai pelbagai aktiviti dan kajian sejarah serta sumbangan masyarakat Cina di Malaysia.
Kajian termasuk sejarah bapa pengasas kami, pembangunan bangsa, hubungan etnik dan dasar sosial. Pengasas dan Presiden MCA yang pertama, Tun Tan Cheng Lock ialah pemimpin berani bersemangat waja yang mengabdikan seluruh hidupnya untuk memperjuangkan hak dan kebajikan masyarakat Cina di Malaysia.
Sambung legasi
Saya berhasrat untuk menyambung legasi perjuangan beliau dengan memastikan suara dan kebimbangan masyarakat Cina didengari oleh kerajaan dan turut serta dalam urusan pentadbiran negara. Tugas seorang menteri dan pemimpin parti bukan sekadar menggariskan matlamat dasar dengan jelas dan membuat keputusan semata-mata – menjadi pendengar yang baik juga tersenarai dalam bidang tugas menteri.
Saya beriltizam untuk menggunakan ruang ini sebagai peluang membuka wacana dialog yang konstruktif, maka saya amat mengalu-alukan pembaca untuk menulis dan berkongsi pandangan mereka. Saya dengan rendah hati berharap pembaca budiman turut serta dalam perjalanan ruangan ini pada hari-hari mendatang.
Penulis ialah Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2my4Tmy✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
KEMENTERIAN Pengangkutan putuskan melarang aplikasi ride-sharing, iaitu perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride. – Foto fail NSTP
KERAPKALI, langkah saya terhenti apabila wartawan menunggu saya di muka pintu, cuba mencungkil respons saya mengenai isu semasa atau yang berbau kontroversi.
Namun, disebabkan keadaan dan suasana tidak mengizinkan, saya tidak dapat melayan persoalan yang diajukan, apatah lagi isu dasar negara pastinya memerlukan jawapan teliti, yang tidak mungkin terucap dek beberapa ayat di muka pintu.
Malah, pernah juga respons saya dipetik di luar konteks. Justeru, saya terdorong untuk menulis ruangan ini setiap dua minggu agar dapat berbicara terus dengan rakyat, lantas melenyapkan jurang maklumat antara kerajaan dengan rakyat, kerana kesejahteraan rakyat ialah keutamaan kami.
Dalam ruangan ini, saya akan memberi tumpuan terhadap pemahaman rakyat amnya mengenai cabaran yang didepani sistem pengangkutan awam – dan susun cara yang akan dilaksanakan kerajaan untuk menangani cabaran berkenaan, di samping isu semasa yang membabitkan kepentingan awam.
Pembikinan dasar adalah suatu arena yang amat rumit dan sengit. Akan sentiasa ada pihak yang mempersoalkan dan berselisih pendapat mengenai dasar kerajaan – itu perkara biasa. Akan tetapi, selaku penjawat awam yang dilantik rakyat, saya bertanggungjawab memperjelas dasar ini kepada penduduk kawasan saya.
Masalahnya, satu atau dua petikan dalam siaran media takkan mungkin cukup untuk menjelaskan sebab serta rasional di sebalik tindakan yang saya ambil. Sebagai contoh, keputusan Kementerian Pengangkutan untuk melarang perkhidmatan aplikasi ride-sharing, iaitu perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Kementerian Pengangkutan dan saya sendiri diasak pelbagai pihak disebabkan keputusan itu.
Keputusan bukan sesuka hati
Yang pasti dan penting saya nyatakan di sini, keputusan itu bukanlah dibuat sesuka hati, bahkan diputuskan susulan pertimbangan dan penelitian pakar kalangan penasihat khas, penjawat awam dan badan bukan kerajaan yang bimbang isu keselamatan Dego Ride. Tahun lalu, berdasarkan data polis, bilangan kemalangan mencecah 521,466 – dan meragut 7,152 nyawa.
Daripada jumlah itu, penunggang motosikal menyumbang kepada 62.7 peratus kematian di jalan raya, berbanding pemandu kereta (20.8 peratus), pejalan kaki (7.1 peratus) dan lori (2.6 peratus). Risiko kematian dan kecederaan parah apabila menunggang motosikal 48 kali lebih tinggi berbanding menaiki bas dan 6.2 kali lebih tinggi apabila memandu kereta dalam jarak yang sama. Jumlah ini memang tidak masuk akal.
Seperti yang pernah saya nyatakan, saya tidak keberatan bersemuka dengan pengendali Dego Ride tetapi kerajaan tetap berkeras mempertahankan larangan itu kerana isu keselamatan awam bukan perkara enteng buat kami. Keutamaan saya adalah memastikan kita mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisien, efektif dari segi kos, boleh diyakini, selesa dan selamat. Tiada penyelesaian singkat apabila membabitkan keselamatan awam. Risiko keselamatan perlu diuruskan – inilah matlamat yang tetap saya pegang.
Tidak kira apa pendapat sesetengah pihak, yang pasti,
LRT3 adalah projek rel berteknologi hijau yang pertama seumpamanya di Malaysia menggunakan teknologi air hujan, pengawalan bunyi bising dan sistem pengurusan tenaga lebih baik, di samping pengudaraan alami yang diterapkan dalam reka bentuk stesen. Apabila siap pada 2020, laluan LRT3 sepanjang 37km ini akan menghubungkan lebih dua juta penduduk di antara Bandar Utama dan Johan Setia, Klang.
Laluan HSR pula menggabungkan teknologi landasan berkembar pada ‘standard gauge’ dengan daya kuasa kelajuan tinggi. Tren HSR dijangka beroperasi pada kelajuan 300km/jam, membolehkan penumpang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura dalam tempoh kurang 90 minit.
Semua ini ialah projek bersifat game-changer, menyumbang kepada ekonomi yang pantas berkembang. Lebih penting, projek ini bakal meningkatkan daya huni apabila berjaya mengurangkan kesesakan trafik, menyediakan akses lebih baik dan menyepadukan pengangkutan awam bandar dengan ketara demi manfaat rakyat.
Amanah lain yang turut saya pegang dengan penuh tanggungjawab ialah peranan selaku Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA). Lebih seminggu yang lalu, MCA menyumbang dana RM1 juta kepada Pusat Kajian Sosial dan Dasar Tun Tan Cheng Lock di Universiti Tunku Abdul Rahman untuk membiayai pelbagai aktiviti dan kajian sejarah serta sumbangan masyarakat Cina di Malaysia.
Kajian termasuk sejarah bapa pengasas kami, pembangunan bangsa, hubungan etnik dan dasar sosial. Pengasas dan Presiden MCA yang pertama, Tun Tan Cheng Lock ialah pemimpin berani bersemangat waja yang mengabdikan seluruh hidupnya untuk memperjuangkan hak dan kebajikan masyarakat Cina di Malaysia.
Sambung legasi
Saya berhasrat untuk menyambung legasi perjuangan beliau dengan memastikan suara dan kebimbangan masyarakat Cina didengari oleh kerajaan dan turut serta dalam urusan pentadbiran negara. Tugas seorang menteri dan pemimpin parti bukan sekadar menggariskan matlamat dasar dengan jelas dan membuat keputusan semata-mata – menjadi pendengar yang baik juga tersenarai dalam bidang tugas menteri.
Saya beriltizam untuk menggunakan ruang ini sebagai peluang membuka wacana dialog yang konstruktif, maka saya amat mengalu-alukan pembaca untuk menulis dan berkongsi pandangan mereka. Saya dengan rendah hati berharap pembaca budiman turut serta dalam perjalanan ruangan ini pada hari-hari mendatang.
Penulis ialah Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2my4Tmy✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Kewajaran Haram Khidmat Dego Ride
Kini anda membaca artikel Kewajaran Haram Khidmat Dego Ride dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/kewajaran-haram-khidmat-dego-ride.html
0 Response to "Kewajaran Haram Khidmat Dego Ride"
Catat Ulasan