Tajuk : Kenaikan Harga Gula Mentah Diimport Punca Harga Gula Naik
link : Kenaikan Harga Gula Mentah Diimport Punca Harga Gula Naik
Kenaikan Harga Gula Mentah Diimport Punca Harga Gula Naik
Spread the love
KUALA LUMPUR – Kenaikan 11 sen harga gula pasir putih bertapis kasar berkuat kuasa 1 Mac lalu berpunca daripada kenaikan harga gula mentah yang diimport, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin.
Beliau berkata pada 2013 harga gula mentah import ialah US$0.15 bagi setiap 0.45 kilogram (kg) (nilai pertukaran ketika itu US$1=RM3.20) berbanding harga baharu US$0.21 bagi jumlah yang sama sekarang.
“Bermakna harga import itu sudah bertambah daripada perkiraan hampir 100 peratus dari harga mentah yang diimport dari luar negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin tahu faktor kenaikan harga gula sebanyak 11 sen kepada RM2.95 sekilogram berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.84 sekilogram.
Hamzah berkata secara keseluruhan kenaikan harga gula sebanyak 11 sen per kg iaitu 3.8 peratus daripada harga asal tidak memberi kesan kepada kenaikan harga makanan.
“Peningkatan itu adalah paling minimum dan pengguna perlu mengambil langkah mengurangkan penggunaannya. Setahun penggunaan gula bagi setiap seorang rakyat Malaysia ialah 25kg berbanding yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sembilan kilogram setahun.
“Sekiranya pengguna menurunkan peratusan gula dalam semua makanan mereka, maka dengan pertambahan 3.8 peratus harga gula, ia tidak akan memberi kesan besar,” kata Hamzah. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Spread the love
KUALA LUMPUR – Kenaikan 11 sen harga gula pasir putih bertapis kasar berkuat kuasa 1 Mac lalu berpunca daripada kenaikan harga gula mentah yang diimport, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin.
Beliau berkata pada 2013 harga gula mentah import ialah US$0.15 bagi setiap 0.45 kilogram (kg) (nilai pertukaran ketika itu US$1=RM3.20) berbanding harga baharu US$0.21 bagi jumlah yang sama sekarang.
“Bermakna harga import itu sudah bertambah daripada perkiraan hampir 100 peratus dari harga mentah yang diimport dari luar negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin tahu faktor kenaikan harga gula sebanyak 11 sen kepada RM2.95 sekilogram berbanding harga sebelum ini iaitu
Hamzah berkata secara keseluruhan kenaikan harga gula sebanyak 11 sen per kg iaitu 3.8 peratus daripada harga asal tidak memberi kesan kepada kenaikan harga makanan.
“Peningkatan itu adalah paling minimum dan pengguna perlu mengambil langkah mengurangkan penggunaannya. Setahun penggunaan gula bagi setiap seorang rakyat Malaysia ialah 25kg berbanding yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sembilan kilogram setahun.
“Sekiranya pengguna menurunkan peratusan gula dalam semua makanan mereka, maka dengan pertambahan 3.8 peratus harga gula, ia tidak akan memberi kesan besar,” kata Hamzah. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Kenaikan Harga Gula Mentah Diimport Punca Harga Gula Naik
Kini anda membaca artikel Kenaikan Harga Gula Mentah Diimport Punca Harga Gula Naik dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/kenaikan-harga-gula-mentah-diimport.html
0 Response to "Kenaikan Harga Gula Mentah Diimport Punca Harga Gula Naik"
Catat Ulasan