Loading...

Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina

Loading...
Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina
link : Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina

lihat juga


Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina

Spread the love

KUALA LUMPUR – Kejayaan Zaidatul Husniah Zulkifli memadam rekod 100 meter milik ratu pecut negara G. Shanti sejak 1993 di Kejohanan ASA Speed Series 2 di Afrika Selatan awal hari ini, membawa perkhabaran gembira serta tepat pada masanya.

Ketua Kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin berkata pencapaian Zaidatul Husniah mendapat pingat perak acara 100m dengan catatan 11.45s itu sudah lama ditagih kontinjen negara.

“Apa yang dilakukan oleh Zaidatul adalah tepat pada masa di mana kita bakal menghadapi Sukan SEA dan itu memberi keyakinan buat semua atlet terutamanya bagi atlet olahraga negara.

“Sudah lama kita tidak ada pelari pecut wanita yang mampu melakukan catatan di bawah 12 saat tetapi sekarang ini kita sudah ada Zaidatul, Siti Fatimah (Mohamad) dan S. Komalam Shally,” katanya kepada pemberita selepas melawat sesi latihan skuad gimrama negara di Gimnasium 1, Bukit Jalil, hari ini.

Marina juga menyifatkan kejayaan itu merupakan kemajuan yang baik dan situasi yang bagus untuk Malaysia serta berharap ia akan terus menjadi motivasi untuk semua atlet.

“Saya yakin dan percaya dengan program latihan yang sedia ada dan jarak latihan lima bulan sebelum pertandingan membolehkan semua atlet mencipta dan menunjukkan prestasi yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai skuad gimrama negara, Marina berkata sukan itu menjadi harapan yang besar bagi kontinjen negara meraih pingat emas dalam misi untuk menjadi juara keseluruhan Sukan SEA kali ini.

“Melihat kepada semangat dari atlet dan jurulatih skuad gimrama, saya juga yakin mereka boleh menjanjikan sesuatu,” katanya yang enggan mengulas lanjut sasaran pingat bagi skuad gimrama.

Dalam pada itu, atlet gimrama kebangsaan, Amy Kwan Dict Weng mahu menebus kegagalan beraksi di Sukan SEA edisi lalu di Singapura kerana kecederaan dengan menyumbang pingat buat negara.

“Jika dipilih untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA nanti, saya akan berusaha untuk meraih pingat dan memberi persembahan yang terbaik.

“Dari segi tekanan itu memang ada tetapi sebagai atlet, saya dan semua rakan sepasukan perlu menyerap segala tekanan itu dan teruskan berjuang untuk negara,” kata atlet yang berusia 22 tahun itu.

Hanya 10 daripada 15 atlet yang sedang giat berlatih akan dipilih untuk mewakili negara di Sukan SEA yang mempunyai dua kategori iaitu acara individu dan berpasukan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n2NYtR

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

Spread the love

KUALA LUMPUR – Kejayaan Zaidatul Husniah Zulkifli memadam rekod 100 meter milik ratu pecut negara G. Shanti sejak 1993 di Kejohanan ASA Speed Series 2 di Afrika Selatan awal hari ini, membawa perkhabaran gembira serta tepat pada masanya.

Ketua Kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin berkata pencapaian Zaidatul Husniah mendapat pingat perak acara 100m dengan catatan 11.45s itu sudah lama ditagih kontinjen negara.

“Apa yang dilakukan oleh Zaidatul adalah tepat pada masa di mana kita bakal menghadapi Sukan SEA dan itu memberi keyakinan buat semua atlet terutamanya bagi atlet olahraga negara.

“Sudah lama kita tidak ada pelari pecut wanita yang mampu melakukan catatan di bawah 12 saat tetapi sekarang ini kita sudah ada Zaidatul, Siti Fatimah (Mohamad) dan S. Komalam Shally,” katanya kepada pemberita selepas melawat sesi latihan skuad gimrama negara di Gimnasium 1, Bukit Jalil, hari ini.

Marina juga menyifatkan kejayaan itu merupakan kemajuan yang baik dan situasi yang bagus untuk Malaysia serta berharap ia akan terus menjadi motivasi untuk semua atlet.

“Saya yakin dan percaya dengan program latihan yang sedia ada dan jarak latihan lima bulan sebelum pertandingan membolehkan semua atlet mencipta dan menunjukkan prestasi yang lebih baik,”

Loading...
katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai skuad gimrama negara, Marina berkata sukan itu menjadi harapan yang besar bagi kontinjen negara meraih pingat emas dalam misi untuk menjadi juara keseluruhan Sukan SEA kali ini.

“Melihat kepada semangat dari atlet dan jurulatih skuad gimrama, saya juga yakin mereka boleh menjanjikan sesuatu,” katanya yang enggan mengulas lanjut sasaran pingat bagi skuad gimrama.

Dalam pada itu, atlet gimrama kebangsaan, Amy Kwan Dict Weng mahu menebus kegagalan beraksi di Sukan SEA edisi lalu di Singapura kerana kecederaan dengan menyumbang pingat buat negara.

“Jika dipilih untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA nanti, saya akan berusaha untuk meraih pingat dan memberi persembahan yang terbaik.

“Dari segi tekanan itu memang ada tetapi sebagai atlet, saya dan semua rakan sepasukan perlu menyerap segala tekanan itu dan teruskan berjuang untuk negara,” kata atlet yang berusia 22 tahun itu.

Hanya 10 daripada 15 atlet yang sedang giat berlatih akan dipilih untuk mewakili negara di Sukan SEA yang mempunyai dua kategori iaitu acara individu dan berpasukan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n2NYtR

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



dengan itu Perkara Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina

yang semua artikel Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/kejayaan-zaidatul-tepat-pada-masa-marina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina"

Catat Ulasan

Loading...