Tajuk : Kejayaan Chong Wei Luar Biasa
link : Kejayaan Chong Wei Luar Biasa
Kejayaan Chong Wei Luar Biasa
Norza (tengah) bertemu Chong Wei dan jurulatih perseorangan, Tey Seu Bock selepas pemain itu merangkul gelaran keempat Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kejayaan Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keempat Seluruh England kelmarin, adalah sesuatu yang luar biasa selepas menempuh pelbagai ujian.
Katanya, beliau kagum dengan semangat juang tinggi ditunjukkan pemain nombor satu dunia itu biarpun baru pulih daripada kecederaan lutut.
“Bagi pihak BAM, saya berbangga dengan pencapaian Chong Wei yang memenangi gelaran keempat Seluruh England. Lebih manis, kejayaan itu diraih biarpun dia baru pulih daripada kecederaan.
“Malah, semua sedia maklum dia juga berdepan krisis dengan Morten Frost (Pengarah Teknikal BAM) sebelum ini, namun membuktikan dia adalah jaguh sebenar apabila mengetepikan semua masalah dialaminya untuk memenangi saingan Seluruh England tahun ini,” kata Norza ketika dihubungi, hari ini.
Kejuaraan dilakar Chong Wei di Birmingham kelmarin, membolehkan dia menyamai kejayaan yang diperoleh dua bekas pemain negara iaitu mendiang Wong Peng Soon dan mendiang Datuk Eddy Choong apabila masing-masing merekodkan empat gelaran Seluruh England.
Mengulas mengenai prestasi pemain lain, Norza turut bangga di atas kejayaan pasangan, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang mencipta sejarah menjadi beregu campuran pertama Malaysia layak ke pentas final kejohanan tertua dan berprestij itu.
“Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas dalam aksi final biarpun menang set pertama dengan mudah dan hampir memenangi set kedua.
“Keseluruhannya, pencapaian yang sangat baik terutamanya daripada Olimpian kita. Ada banyak perlu dibaiki, contohnya beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang sering kali gagal melepasi peringkat awal kerana tidak memiliki keberanian dan kekuatan mental untuk memenangi perlawanan manakala beregu muda lelaki (Teo Ee Yi-Ong Yew Sin) mendapat pengalaman bernilai,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n4aEct✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Norza (tengah) bertemu Chong Wei dan jurulatih perseorangan, Tey Seu Bock selepas pemain itu merangkul gelaran keempat Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kejayaan Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keempat Seluruh England kelmarin, adalah sesuatu yang luar biasa selepas menempuh pelbagai ujian.
Katanya, beliau kagum dengan semangat juang tinggi ditunjukkan pemain nombor satu dunia itu biarpun baru pulih daripada kecederaan lutut.
“Bagi pihak BAM, saya berbangga dengan pencapaian Chong Wei yang memenangi gelaran keempat Seluruh England. Lebih manis, kejayaan itu diraih biarpun dia baru pulih daripada kecederaan.
“Malah, semua sedia maklum dia juga berdepan krisis dengan Morten Frost (Pengarah Teknikal BAM) sebelum ini, namun membuktikan dia adalah jaguh sebenar apabila mengetepikan semua masalah dialaminya untuk memenangi saingan Seluruh England tahun ini,” kata Norza ketika dihubungi, hari ini.
Kejuaraan dilakar Chong Wei di Birmingham kelmarin, membolehkan dia menyamai kejayaan yang diperoleh dua bekas pemain negara iaitu mendiang Wong Peng Soon dan
Mengulas mengenai prestasi pemain lain, Norza turut bangga di atas kejayaan pasangan, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang mencipta sejarah menjadi beregu campuran pertama Malaysia layak ke pentas final kejohanan tertua dan berprestij itu.
“Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas dalam aksi final biarpun menang set pertama dengan mudah dan hampir memenangi set kedua.
“Keseluruhannya, pencapaian yang sangat baik terutamanya daripada Olimpian kita. Ada banyak perlu dibaiki, contohnya beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang sering kali gagal melepasi peringkat awal kerana tidak memiliki keberanian dan kekuatan mental untuk memenangi perlawanan manakala beregu muda lelaki (Teo Ee Yi-Ong Yew Sin) mendapat pengalaman bernilai,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n4aEct✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Kejayaan Chong Wei Luar Biasa
Kini anda membaca artikel Kejayaan Chong Wei Luar Biasa dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/kejayaan-chong-wei-luar-biasa.html
0 Response to "Kejayaan Chong Wei Luar Biasa"
Catat Ulasan