Tajuk : Kedatangan Pelancong Arab Saudi Ke Malaysia Dijangka Meningkat Tahun Ini
link : Kedatangan Pelancong Arab Saudi Ke Malaysia Dijangka Meningkat Tahun Ini
Kedatangan Pelancong Arab Saudi Ke Malaysia Dijangka Meningkat Tahun Ini
RIYADH: Jumlah kehadiran pelancong Arab Saudi ke Malaysia dijangka meningkat lima peratus tahun ini hasil lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.
Konsul Tourism Malaysia di Arab Saudi, Mohd Nasir Kushairi berkata hubungan baik yang diperlihatkan kedua-dua negara telah menambah keyakinan rakyat negara Timur Tengah itu untuk melancong ke Malaysia yang sememangnya mempunyai pelbagai tarikan pelancongan.
“Kebanyakan pengunjung Arab Saudi akan berada di Malaysia selama dua minggu ke atas dan berbelanja sekitar RM10,000 setiap seorang dan ini memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Pameran Buku Antarabangsa Riyadh 2017 di sini.
Beliau berkata pada 2016, seramai 123,878 pelancong Arab Saudi berkunjung ke Malaysia berbanding 99,754 pada tahun sebelumnya.
Raja Salman mengetuai delegasi 600 anggota ke Malaysia dalam lawatan negara dari 26 Feb hingga 1 Mac lepas.
Tujuh memorandum persefahaman, dengan anggaran keseluruhan bernilai RM9.74 bilion, ditandatangani antara syarikat Malaysia dan Arab Saudi, meliputi bidang pembinaan, kerjasama halal, aeroangkasa dan perkhidmatan haji.
Mohd Nasir berkata pihaknya akan meningkatkan promosi pelancongan khususnya ke Sabah dan Sarawak yang masih kurang dikenali dalam kalangan pelancong Arab Saudi.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan negeri mengambil peluang bekerjasama dengan pejabat Tourism Malaysia di Jeddah dalam mempromosikan produk pelancongan negeri masing-masing.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2meCGO4✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
RIYADH: Jumlah kehadiran pelancong Arab Saudi ke Malaysia dijangka meningkat lima peratus tahun ini hasil lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.
Konsul Tourism Malaysia di Arab Saudi, Mohd Nasir Kushairi berkata hubungan baik yang diperlihatkan kedua-dua negara telah menambah keyakinan rakyat negara Timur Tengah itu untuk melancong ke Malaysia yang sememangnya mempunyai pelbagai tarikan pelancongan.
“Kebanyakan pengunjung Arab Saudi akan berada di Malaysia selama dua minggu ke atas dan berbelanja sekitar RM10,000 setiap seorang dan ini memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Pameran Buku Antarabangsa Riyadh 2017 di sini.
Beliau berkata pada 2016, seramai 123,878 pelancong Arab Saudi berkunjung ke Malaysia
Raja Salman mengetuai delegasi 600 anggota ke Malaysia dalam lawatan negara dari 26 Feb hingga 1 Mac lepas.
Tujuh memorandum persefahaman, dengan anggaran keseluruhan bernilai RM9.74 bilion, ditandatangani antara syarikat Malaysia dan Arab Saudi, meliputi bidang pembinaan, kerjasama halal, aeroangkasa dan perkhidmatan haji.
Mohd Nasir berkata pihaknya akan meningkatkan promosi pelancongan khususnya ke Sabah dan Sarawak yang masih kurang dikenali dalam kalangan pelancong Arab Saudi.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan negeri mengambil peluang bekerjasama dengan pejabat Tourism Malaysia di Jeddah dalam mempromosikan produk pelancongan negeri masing-masing.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2meCGO4✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Kedatangan Pelancong Arab Saudi Ke Malaysia Dijangka Meningkat Tahun Ini
Kini anda membaca artikel Kedatangan Pelancong Arab Saudi Ke Malaysia Dijangka Meningkat Tahun Ini dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/kedatangan-pelancong-arab-saudi-ke.html
0 Response to "Kedatangan Pelancong Arab Saudi Ke Malaysia Dijangka Meningkat Tahun Ini"
Catat Ulasan