Loading...

Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba

Loading...
Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba
link : Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba

lihat juga


Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba

KUALA LUMPUR: Kebanyakan kes kematian dalam insiden kebakaran rumah kediaman adalah disebabkan mangsa terperangkap di dalam rumah akibat gagal keluar sebelum dilemaskan asap kerana jeriji yang gagal dibuka.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata kebanyakan kes kebakaran hanya disedari ketika api sudah marak, menyebabkan penghuni mempunyai masa yang amat singkat untuk bertindak.

“Jadi kita tidak dapat buat apa-apa, kalau ada pemadam api pun tak sempat untuk padam sebab api sudah besar,” kata Wan Mohd Nor.

Namun, katanya JBPM belum bercadang mewujudkan undang-undang mewajibkan pemasangan jeriji mudah buka di setiap kediaman sebagai langkah proaktif mengelakkan kematian akibat kebakaran, sebaliknya memilih untuk memberi penekanan kepada mendidik masyarakat tentang langkah berjaga-jaga sebagai cara terbaik.

“Kita yakin sekiranya kita ambil tindakan lebih agresif dari segi kempen menggunakan saluran yang betul, sambutan daripada orang ramai akan lebih baik. Jadi cara terbaik seperti yang berlaku di negara-negara lain juga melalui public education.

“Bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan, sekiranya langkah kita ini tidak berkesan, memang ada dicadangkan dalam ahli mesyuarat bahawa kita perlu lihat peraturan standard dan undang-undang berkaitan untuk ditambah baik pada masa akan datang,” katanya selepas Mesyuarat Rekabentuk dan Pemasangan Jeriji dari Aspek Kemudahan Keselamatan Kebakaran di sini hari ini.

Jelasnya, undang-undang di negara ini juga tidak memberi kuasa untuk pihak bomba menjalankan penguatkuasaan, dalam hal ini untuk membolehkan bomba menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Jadi kita kena kira juga kalau kita ada undang-undang dari segi penguatkuasaan, adakah kita mampu untuk pergi rumah ke rumah, periksa sama ada ada dipasang jeriji mudah buka atau tidak,” jelasnya.

Seperti dimaklumkan beliau, syor JBPM untuk setiap kediaman memasang jeriji yang mudah dibuka dari dalam ketika kecemasan khususnya kebakaran sudah lama dibuat, tetapi nampaknya semakin dilupakan dan tiba masa untuk menegaskannya semula.

Hasil mesyuarat tersebut, pemaju perumahan akan dinasihatkan supaya setiap rumah yang dibina perlu dilengkapi jeriji yang mudah dibuka waktu kecemasan, dan menempatkannya di tempat yang strategik.

“Selalu kita pasang jeriji untuk keselamatan rumah daripada ancaman luar, tetapi kita sering lupa tentang keselamatan kita sebagai penghuni.

“Kita juga akan minta supaya ketika penyerahan kunci kepada pemilik kediaman, perlu disertakan bersama panduan pemasangan gril mengikut piawaian kita.”

Pada masa sama, penghuni juga disaran agar memasang alat penggera pengesan asap sebagai langkah mengesan kebakaran lebih awal.

“Sekiranya pengesan asap dipasang, sebarang kebakaran dapat dikesan ketika ia masih kecil. Jadi kita boleh bertindak sama ada untuk keluar dengan selamat ataupun menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mJFqoK

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

KUALA LUMPUR: Kebanyakan kes kematian dalam insiden kebakaran rumah kediaman adalah disebabkan mangsa terperangkap di dalam rumah akibat gagal keluar sebelum dilemaskan asap kerana jeriji yang gagal dibuka.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata kebanyakan kes kebakaran hanya disedari ketika api sudah marak, menyebabkan penghuni mempunyai masa yang amat singkat untuk bertindak.

“Jadi kita tidak dapat buat apa-apa, kalau ada pemadam api pun tak sempat untuk padam sebab api sudah besar,” kata Wan Mohd Nor.

Namun, katanya JBPM belum bercadang mewujudkan undang-undang mewajibkan pemasangan jeriji mudah buka di setiap kediaman sebagai langkah proaktif mengelakkan kematian akibat kebakaran, sebaliknya memilih untuk memberi penekanan kepada mendidik masyarakat tentang langkah berjaga-jaga sebagai cara terbaik.

“Kita yakin sekiranya kita ambil tindakan lebih agresif dari segi kempen menggunakan saluran yang betul, sambutan daripada orang ramai akan lebih baik. Jadi cara terbaik seperti yang berlaku di negara-negara lain juga melalui public education.

“Bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan, sekiranya langkah kita ini tidak berkesan, memang ada dicadangkan dalam ahli mesyuarat bahawa kita perlu lihat peraturan standard dan undang-undang berkaitan untuk ditambah baik pada masa akan datang,” katanya selepas Mesyuarat Rekabentuk dan Pemasangan Jeriji dari Aspek Kemudahan Keselamatan Kebakaran di sini hari ini.

Jelasnya, undang-undang di negara ini juga tidak memberi kuasa untuk pihak bomba menjalankan penguatkuasaan, dalam hal ini untuk membolehkan bomba menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Jadi kita kena kira juga kalau

Loading...
kita ada undang-undang dari segi penguatkuasaan, adakah kita mampu untuk pergi rumah ke rumah, periksa sama ada ada dipasang jeriji mudah buka atau tidak,” jelasnya.

Seperti dimaklumkan beliau, syor JBPM untuk setiap kediaman memasang jeriji yang mudah dibuka dari dalam ketika kecemasan khususnya kebakaran sudah lama dibuat, tetapi nampaknya semakin dilupakan dan tiba masa untuk menegaskannya semula.

Hasil mesyuarat tersebut, pemaju perumahan akan dinasihatkan supaya setiap rumah yang dibina perlu dilengkapi jeriji yang mudah dibuka waktu kecemasan, dan menempatkannya di tempat yang strategik.

“Selalu kita pasang jeriji untuk keselamatan rumah daripada ancaman luar, tetapi kita sering lupa tentang keselamatan kita sebagai penghuni.

“Kita juga akan minta supaya ketika penyerahan kunci kepada pemilik kediaman, perlu disertakan bersama panduan pemasangan gril mengikut piawaian kita.”

Pada masa sama, penghuni juga disaran agar memasang alat penggera pengesan asap sebagai langkah mengesan kebakaran lebih awal.

“Sekiranya pengesan asap dipasang, sebarang kebakaran dapat dikesan ketika ia masih kecil. Jadi kita boleh bertindak sama ada untuk keluar dengan selamat ataupun menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mJFqoK

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



dengan itu Perkara Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba

yang semua artikel Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/jeriji-gagal-dibuka-punca-utama_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jeriji Gagal Dibuka Punca Utama Kematian Kes Kebakaran – Bomba"

Catat Ulasan

Loading...