Tajuk : Iskandar Kempunan Lagi
link : Iskandar Kempunan Lagi
Iskandar Kempunan Lagi
ISKANDAR terpaksa menarik diri Terbuka Malaysia awal bulan depan susulan kecederaan belakang dialaminya masih belum pulih. – Foto fail NSTP/Hasriyasyah Sabudin
KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin untuk membuat penampilan pertama musim 2017 di Terbuka Malaysia awal bulan depan, sekali lagi tertangguh apabila dia terpaksa menarik diri susulan kecederaan belakang dialaminya masih belum pulih.
Jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan yang mengesahkan perkara itu, berkata keputusan berkenaan terpaksa diambil bagi membolehkan Iskandar fokus terhadap proses pemulihan, sekali gus memastikan kecederaan sama tidak berulang.
“Saya sudah bincang perkara ini dengan Iskandar, memang dia kecewa kerana masih belum boleh beraksi tetapi dia faham dengan keputusan ini. Tiada guna saya benarkan dia beraksi di Terbuka Malaysia jika dia belum pulih sepenuhnya kerana ia boleh mendatangkan risiko.
“Saya tidak mahu kecederaannya itu berulang jika Iskandar terlalu memaksa dirinya. Saya mahu mempersiapkan Iskandar sebagai prospek pada Olimpik Tokyo 2020.
“Saya tidak boleh jangka bila dia boleh kembali menyertai kejohanan. Buat masa sekarang, kita akan membuat pemantauan setiap minggu bagi melihat tahap kecederaannya,” kata Hendrawan.
Iskandar mengalami kecederaan belakang ketika melakukan persiapan untuk menghadapi Malaysia Masters di Sibu, Januari lalu, yang turut menyaksikan dia tidak dapat mengulangi pencapaian muncul naib juara pada edisi tahun lalu.
Hendrawan turut memaklumkan selain Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak bermula 4 hingga 9 April ini, Iskandar juga terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Singapura (11 hingga 16 April).
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mYLLyO✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
ISKANDAR terpaksa menarik diri Terbuka Malaysia awal bulan depan susulan kecederaan belakang dialaminya masih belum pulih. – Foto fail NSTP/Hasriyasyah Sabudin
KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin untuk membuat penampilan pertama musim 2017 di Terbuka Malaysia awal bulan depan, sekali lagi tertangguh apabila dia terpaksa menarik diri susulan kecederaan belakang dialaminya masih belum pulih.
Jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan yang mengesahkan perkara itu, berkata keputusan berkenaan terpaksa diambil bagi membolehkan Iskandar fokus terhadap proses pemulihan, sekali gus memastikan kecederaan sama tidak berulang.
“Saya sudah bincang perkara ini dengan Iskandar, memang dia kecewa kerana masih belum boleh beraksi tetapi dia faham dengan keputusan ini. Tiada guna saya benarkan dia beraksi di Terbuka Malaysia jika dia belum pulih sepenuhnya kerana ia boleh mendatangkan risiko.
“Saya tidak mahu kecederaannya itu berulang jika Iskandar terlalu memaksa dirinya. Saya mahu
“Saya tidak boleh jangka bila dia boleh kembali menyertai kejohanan. Buat masa sekarang, kita akan membuat pemantauan setiap minggu bagi melihat tahap kecederaannya,” kata Hendrawan.
Iskandar mengalami kecederaan belakang ketika melakukan persiapan untuk menghadapi Malaysia Masters di Sibu, Januari lalu, yang turut menyaksikan dia tidak dapat mengulangi pencapaian muncul naib juara pada edisi tahun lalu.
Hendrawan turut memaklumkan selain Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak bermula 4 hingga 9 April ini, Iskandar juga terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Singapura (11 hingga 16 April).
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mYLLyO✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Iskandar Kempunan Lagi
Kini anda membaca artikel Iskandar Kempunan Lagi dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/iskandar-kempunan-lagi.html
0 Response to "Iskandar Kempunan Lagi"
Catat Ulasan