Loading...

Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri

Loading...
Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri
link : Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri

lihat juga


Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri

MALAYSIAKINI
 

Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.

Katanya kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar tersebut melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

"Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat merasai sesuatu yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

"Terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang ketinggalan daripada konsep yang kita hendak tetapkan ini," katanya.

Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara supaya pengguna dapat mengetahui sama ada ia meningkat atau menurun.

"Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada nak menurunkan harga atau bagaimana cara dia nak kempen supaya orang datang ke stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum menaikkan harga gula pasir putih sambil meminta semua pihak supaya menghentikan sebarang persepsi negatif berhubung keputusan itu.

Katanya kerajaan sentiasa memikirkan bagaimana sesuatu harga yang paling patut diberikan kepada rakyat memandangkan harganya masih berada pada kadar yang rendah berbanding negara Asia Tenggara seperti Thailand iaitu RM3 sekilogram.

Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram, berkuat kuasa 1 Mac lalu susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

Sebelum ini, harga gula pasir putih bertapis ialah RM2.84 per kg dan kali terakhir harga gula dikemas kini ialah pada 25 Okt 2013.- Bernama


MALAYSIAKINI
 

Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.

Katanya kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar tersebut melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

"Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat merasai sesuatu yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

"Terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa
Loading...
yang ketinggalan daripada konsep yang kita hendak tetapkan ini," katanya.

Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara supaya pengguna dapat mengetahui sama ada ia meningkat atau menurun.

"Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada nak menurunkan harga atau bagaimana cara dia nak kempen supaya orang datang ke stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum menaikkan harga gula pasir putih sambil meminta semua pihak supaya menghentikan sebarang persepsi negatif berhubung keputusan itu.

Katanya kerajaan sentiasa memikirkan bagaimana sesuatu harga yang paling patut diberikan kepada rakyat memandangkan harganya masih berada pada kadar yang rendah berbanding negara Asia Tenggara seperti Thailand iaitu RM3 sekilogram.

Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram, berkuat kuasa 1 Mac lalu susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

Sebelum ini, harga gula pasir putih bertapis ialah RM2.84 per kg dan kali terakhir harga gula dikemas kini ialah pada 25 Okt 2013.- Bernama




dengan itu Perkara Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri

yang semua artikel Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/harga-siling-bahan-api-diumum-setiap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Harga siling bahan api diumum setiap minggu, kata menteri"

Catat Ulasan

Loading...