Tajuk : Hafizh Pamer Aksi Positif Di Qatar
link : Hafizh Pamer Aksi Positif Di Qatar
Hafizh Pamer Aksi Positif Di Qatar
KUALA LUMPUR: Penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakhiri sesi ujian pra-musim terakhir di Litar Losail, Qatar, semalam dengan nada cukup positif apabila mencatatkan masa keempat terpantas keseluruhan sepanjang tiga hari ujian.
HAFIZH mencatatkan masa keempat terpantas keseluruhan sepanjang tiga hari ujian di Litar Losail, Qatar, semalam. – Foto fail NSTP
Berbaki kurang dua hari sebelum pusingan pertama perlumbaan membuka tirai di MotoGP Grand Prix (GP) Qatar Khamis ini, pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu mula mendapat rentak apabila catatan terpantasnya 2 minit 00.711 saat (s) hanya kurang 0.585s berbanding pelumba terpantas, Takaaki Nakagami dari Jepun.
Nakagami dari pasukan Honda Asia dan rakan sepasukan seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi, menguasai sesi ujian dengan melakukan masa terpantas 2.00.187s, mengikuti rentak prestasinya pada ujian di Jerez, Sepanyol, pertengahan bulan ini.
Khairul Idham yang menyertai perlumbaan Moto2 tahun ini dalam pada itu berada di kedudukan ke-28 terpantas keseluruhan selepas mencatat masa 2.02.255s yang dilakukan pada sesi kelima, Sabtu lalu.
Dua penunggang pasukan EG 0,0 Marc VDS, Franco Morbidelli dari Itali dan bekas juara dunia Moto3 2014, Alex Marquez yang bergandingan dalam pasukan sama tahun ini, menamatkan sesi selaku penunggang kedua dan ketiga terpantas.
Tahun lalu, Hafizh menamatkan perlumbaan pusingan pertama di Qatar di tempat keempat, selain mengakhiri saingan Moto2 di kedudukan kesembilan keseluruhan dengan 118 mata.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara yang beraksi dalam kelas Moto3, Adam Norrodin mengharungi sesi ujian mengecewakan apabila menamatkan ujian di kedudukan ke-22 terpantas daripada 31 pelumba, ketika rakan sepasukannya dari Jepun, Ayumu Sasaki di tempat ketujuh.
Pelumba Itali, Romano Fenati (Marinelli Rivacold Snipers) mencatatkan masa terpantas diikuti Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) manakala Aron Canet dari Perancis (Estrella Galicia 0,0) ketiga paling pantas.
Sekali pun kecewa, Adam berkata dia gembira dengan pelarasan jenteranya ketika ini dengan sesi ujian itu yang dianggap memberi banyak maklumat.
“Saya merasa selesa dan yakin dengan jentera saya ketika ini dan itu perkara paling penting,” kata Adam yang akan mengharungi musim kedua di perlumbaan Moto3. “Perasaan saya positif selepas ujian ini dan kami boleh memulakan musim ini dengan keputusan yang baik.”
Sesi ujian di Qatar selama tiga hari yang bermula Jumaat lalu diganggu dengan keadaan cuaca tidak menentu, termasuk ribut pasir dan hujan lebat serta petir hinggakan sesi kesembilan dan terakhir ujian Moto2 dan Moto3 terpaksa dihentikan, semalam.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ncM7ll✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
KUALA LUMPUR: Penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakhiri sesi ujian pra-musim terakhir di Litar Losail, Qatar, semalam dengan nada cukup positif apabila mencatatkan masa keempat terpantas keseluruhan sepanjang tiga hari ujian.
HAFIZH mencatatkan masa keempat terpantas keseluruhan sepanjang tiga hari ujian di Litar Losail, Qatar, semalam. – Foto fail NSTP
Berbaki kurang dua hari sebelum pusingan pertama perlumbaan membuka tirai di MotoGP Grand Prix (GP) Qatar Khamis ini, pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu mula mendapat rentak apabila catatan terpantasnya 2 minit 00.711 saat (s) hanya kurang 0.585s berbanding pelumba terpantas, Takaaki Nakagami dari Jepun.
Nakagami dari pasukan Honda Asia dan rakan sepasukan seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi, menguasai sesi ujian dengan melakukan masa terpantas 2.00.187s, mengikuti rentak prestasinya pada ujian di Jerez, Sepanyol, pertengahan bulan ini.
Khairul Idham yang menyertai perlumbaan Moto2 tahun ini dalam pada itu berada di kedudukan ke-28 terpantas keseluruhan selepas mencatat masa 2.02.255s yang dilakukan pada sesi kelima, Sabtu lalu.
Dua penunggang pasukan EG 0,0 Marc VDS, Franco Morbidelli dari Itali dan bekas juara dunia Moto3 2014, Alex Marquez yang bergandingan dalam pasukan sama tahun ini, menamatkan sesi selaku penunggang kedua dan ketiga terpantas.
Tahun lalu, Hafizh menamatkan perlumbaan pusingan pertama di Qatar di tempat keempat, selain mengakhiri saingan Moto2 di kedudukan kesembilan keseluruhan
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara yang beraksi dalam kelas Moto3, Adam Norrodin mengharungi sesi ujian mengecewakan apabila menamatkan ujian di kedudukan ke-22 terpantas daripada 31 pelumba, ketika rakan sepasukannya dari Jepun, Ayumu Sasaki di tempat ketujuh.
Pelumba Itali, Romano Fenati (Marinelli Rivacold Snipers) mencatatkan masa terpantas diikuti Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) manakala Aron Canet dari Perancis (Estrella Galicia 0,0) ketiga paling pantas.
Sekali pun kecewa, Adam berkata dia gembira dengan pelarasan jenteranya ketika ini dengan sesi ujian itu yang dianggap memberi banyak maklumat.
“Saya merasa selesa dan yakin dengan jentera saya ketika ini dan itu perkara paling penting,” kata Adam yang akan mengharungi musim kedua di perlumbaan Moto3. “Perasaan saya positif selepas ujian ini dan kami boleh memulakan musim ini dengan keputusan yang baik.”
Sesi ujian di Qatar selama tiga hari yang bermula Jumaat lalu diganggu dengan keadaan cuaca tidak menentu, termasuk ribut pasir dan hujan lebat serta petir hinggakan sesi kesembilan dan terakhir ujian Moto2 dan Moto3 terpaksa dihentikan, semalam.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ncM7ll✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Hafizh Pamer Aksi Positif Di Qatar
Kini anda membaca artikel Hafizh Pamer Aksi Positif Di Qatar dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/hafizh-pamer-aksi-positif-di-qatar.html
0 Response to "Hafizh Pamer Aksi Positif Di Qatar"
Catat Ulasan