Tajuk : H5N1: Kementerian Pendidikan Belum Terima Arahan Tutup Sekolah – KSU
link : H5N1: Kementerian Pendidikan Belum Terima Arahan Tutup Sekolah – KSU
H5N1: Kementerian Pendidikan Belum Terima Arahan Tutup Sekolah – KSU
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan belum menerima arahan untuk menutup sekolah atau menukar menu di kantin sekolah-sekolah di Kelantan susulan penularan wabak selesema burung (H5N1) sejak awal bulan ini.
Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memantau perkembangan wabak termasuk makanan yang dibekalkan ke sekolah.
“Kita sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk mendapatkan perkembangan semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Wakaf Mek Zainab di sini hari ini.
Pada 15 Mac lepas, kerajaan Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung sebagai bencana negeri selepas wabak itu menular ke beberapa jajahan.
Setakat ini, 22 kampung di enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 kampung), Pasir Mas (4), Tumpat (1), Pasir Puteh (1), Bachok (1) dan Tanah Merah (1) dikesan dilanda wabak itu.
Kes pertama kali dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac selepas beberapa ekor ayam kampung ditemukan mati.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2njWuUL✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan belum menerima arahan untuk menutup sekolah atau menukar menu di kantin sekolah-sekolah di Kelantan susulan penularan wabak selesema burung (H5N1) sejak awal bulan ini.
Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memantau perkembangan wabak termasuk makanan yang dibekalkan ke sekolah.
“Kita sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk mendapatkan perkembangan semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Wakaf Mek Zainab di sini hari ini.
Pada 15 Mac lepas, kerajaan Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung sebagai bencana negeri selepas wabak itu menular ke beberapa
Setakat ini, 22 kampung di enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 kampung), Pasir Mas (4), Tumpat (1), Pasir Puteh (1), Bachok (1) dan Tanah Merah (1) dikesan dilanda wabak itu.
Kes pertama kali dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac selepas beberapa ekor ayam kampung ditemukan mati.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2njWuUL✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara H5N1: Kementerian Pendidikan Belum Terima Arahan Tutup Sekolah – KSU
Kini anda membaca artikel H5N1: Kementerian Pendidikan Belum Terima Arahan Tutup Sekolah – KSU dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/h5n1-kementerian-pendidikan-belum.html
0 Response to "H5N1: Kementerian Pendidikan Belum Terima Arahan Tutup Sekolah – KSU"
Catat Ulasan