Tajuk : Fungsi Sebenar Menara Jam Condong Teluk Intan
link : Fungsi Sebenar Menara Jam Condong Teluk Intan
Fungsi Sebenar Menara Jam Condong Teluk Intan
Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali.
Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.
Asal-usul
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Orang yang bertanggung jawab membina Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong.
Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam.
Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Punca kecondongan
Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
Fungsi menara dulu
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Boleh dikatakan, fungsi menara ini suatu ketika dulu adalah :
- Untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau
- Memastikan kemudahan pengurusan air British ditingkatkan
- Sebagai bekalan air sekiranya berlaku kebakaran
- Sebagai penjaga masa
Fungsi menara sekarang
Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n8fcvI✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali.
Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.
Asal-usul
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Orang yang bertanggung jawab membina Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong.
Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam.
Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Punca kecondongan
Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke
Fungsi menara dulu
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Boleh dikatakan, fungsi menara ini suatu ketika dulu adalah :
- Untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau
- Memastikan kemudahan pengurusan air British ditingkatkan
- Sebagai bekalan air sekiranya berlaku kebakaran
- Sebagai penjaga masa
Fungsi menara sekarang
Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n8fcvI✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Fungsi Sebenar Menara Jam Condong Teluk Intan
Kini anda membaca artikel Fungsi Sebenar Menara Jam Condong Teluk Intan dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/fungsi-sebenar-menara-jam-condong-teluk.html
0 Response to "Fungsi Sebenar Menara Jam Condong Teluk Intan"
Catat Ulasan