Loading...
Tajuk : Fitnah Shafie Apdal meninggal dunia - Polis buru pemilik akaun FB
link : Fitnah Shafie Apdal meninggal dunia - Polis buru pemilik akaun FB
Fitnah Shafie Apdal meninggal dunia - Polis buru pemilik akaun FB
TAWAU: Polis menerima laporan berkaitan berhubung tindakan pengguna Facebook yang memuat naik mesej kononnya Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sakit dan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata laporan itu diterima pada jam 12.53 tengah hari semalam.
Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh Penyelaras Parti Warisan Sabah Cawangan Kampung Bergosong di sini, susulan kenyataan dikeluarkan dalam Facebook itu.
Pemilik akaun itu mengeluarkan kenyataan 'Latest news!!!! Presiden Warisan Shafie Apdal dimasukkan ke wad ICU kerana serangan strok dan dikatakan Allahyarham telah pun menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi...Al Fatihah'.
Fadil berkata, pengadu percaya kenyataan itu berunsur fitnah selain boleh mendatangkan kekeliruan terhadap orang ramai kerana Mohd Shafie masih hidup dan menghadiri persidangan Parlimen.
"Polis sudah merakamkan percakapan pengadu dan beberapa saksi, selain akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik akaun Facebook terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Fadil berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan aplikasi media sosial dengan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah atau jelik bertujuan menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain. - BHonline
TAWAU: Polis menerima laporan berkaitan berhubung tindakan pengguna Facebook yang memuat naik mesej kononnya Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sakit dan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata laporan itu diterima pada jam 12.53 tengah hari semalam.
Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh Penyelaras Parti Warisan Sabah Cawangan Kampung Bergosong di sini, susulan kenyataan dikeluarkan dalam Facebook itu.
Pemilik akaun itu mengeluarkan kenyataan 'Latest news!!!! Presiden Warisan Shafie Apdal dimasukkan ke wad
Loading...
ICU kerana serangan strok dan dikatakan Allahyarham telah pun menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi...Al Fatihah'.
Fadil berkata, pengadu percaya kenyataan itu berunsur fitnah selain boleh mendatangkan kekeliruan terhadap orang ramai kerana Mohd Shafie masih hidup dan menghadiri persidangan Parlimen.
"Polis sudah merakamkan percakapan pengadu dan beberapa saksi, selain akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik akaun Facebook terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Fadil berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan aplikasi media sosial dengan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah atau jelik bertujuan menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain. - BHonline
dengan itu Perkara Fitnah Shafie Apdal meninggal dunia - Polis buru pemilik akaun FB
yang semua artikel Fitnah Shafie Apdal meninggal dunia - Polis buru pemilik akaun FB Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Fitnah Shafie Apdal meninggal dunia - Polis buru pemilik akaun FB dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/fitnah-shafie-apdal-meninggal-dunia.html
0 Response to "Fitnah Shafie Apdal meninggal dunia - Polis buru pemilik akaun FB"
Catat Ulasan