Loading...

Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari

Loading...
Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari
link : Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari

lihat juga

Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari

Spread the love

KUALA LUMPUR – Tanggal 23 Feb lepas, ramai penjawat awam menarik nafas lega. Manakan tidak, akaun bank kembali terisi dengan wang gaji selepas sela 35 hari.

Biasanya gaji penjawat awam dibayar pada 25 haribulan setiap bulan. Tetapi dalam situasi-situasi tertentu seperti musim perayaan, pembayaran gaji diawalkan.

Gaji Januari 2017 dibayar awal pada 19 haribulan, kira-kira seminggu lebih awal daripada tempoh biasa sempena sambutan Tahun Baru Cina dan tidak lama selepas itu, Thaipusam.

Ini menjadikan jumlah kiraan hari antara gaji ke gaji menjadi 35 hari. Tempoh ini adalah lima hari lebih panjang daripada tempoh sela antara gaji biasa. Jadi memang wajar jika ada yang terasa sedikit ‘sesak’ dompetnya sepanjang tempoh ini.

Sebenarnya, terlalu awal untuk penjawat awam menarik nafas lega. Sepanjang tahun ini masih ada beberapa tempoh yang memerlukan pengamatan teliti mengurus perbelanjaan bulanan.

Untuk tahun 2017 pembayaran gaji yang diawalkan berlaku sebanyak tiga kali iaitu pada Januari sempena Tahun Baru Cina, bulan Jun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan pada bulan Oktober sempena sambutan Hari Deepavali.

Pembayaran gaji untuk bulan Jun dibuat 15 Jun iaitu 10 hari lebih awal daripada waktu pembayaran biasa.

Gaji bulan Oktober pula dibayar pada 11 haribulan iaitu 14 hari lebih awal daripada biasa.

Bayaran gaji awal daripada tarikh 25 haribulan juga berlaku pada bulan-bulan lain seperti Februari, Mac, Ogos, November dan Disember tetapi jumlah harinya tidak terlalu ketara hanya antara satu ke empat hari sahaja.

Ia berlaku kerana pembayaran gaji dilakukan antara hari Isnin hingga Khamis dan jika tarikh 25 haribulan jatuh pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, gaji akan dibayar pada hari Khamis terdekat dengan tarikh itu.

Di sebalik kegembiraan mendapat gaji awal yang pasti mengurangkan beban perbelanjaan menyambut hari perayaan, para penjawat awam perlu juga berkira-kira jarak jumlah hari yang perlu ditempuh untuk bayaran gaji seterusnya.

Ini amat penting untuk membantu pengurusan kewangan yang baik. Kalau boleh janganlah ada yang sampai perlu bergolok gadai atau makan mi segera sekeluarga sementara menunggu hari gaji.

Tempoh paling panjang yang perlu ditempuh nanti adalah 42 hari iaitu selepas Hari Deepavali antara 11 Okt hingga 23 Nov. Tempoh kedua terpanjang adalah 40 hari antara 15 Jun hingga 25 Julai dan tempoh ketiga terpanjang baru sahaja selesai dilalui daripada 19 Jan hingga 23 Feb lepas.

Jarak antara gaji Mac (23 haribulan) dan April (25 haribulan) akan memakan 33 hari, serta tempoh gaji Ogos (24 haribulan) hingga September (25 haribulan) akan mengambil 32 hari.

Pada bulan-bulan lain, sela hari antara gaji adalah seperti biasa antara 28 ke 30 hari.

Ada pelbagai cara boleh diguna untuk memastikan kedudukan kewangan sentiasa ampuh. Tiga cara yang paling mudah adalah menjaga disiplin berbelanja, membuat tabungan dan mencari pendapatan sampingan.

Penjagaan disiplin berbelanja bermaksud, si penerima gaji tidak menyentuh gaji yang masuk awal, tetapi hanya berbelanja seperti biasa seolah-olah tidak menerima wang tambahan di tengah bulan.

Ada juga yang mencadangkan, wang yang masuk awal dipindahkan ke akaun lain untuk mengelakkan daripada ia dibelanjakan secara ‘tidak sengaja’.

Pun begitu, teknik ini mungkin agak sukar dilakukan bila tiba musim perayaan. Keperluan untuk berbelanja lebih seperti persiapan sambutan perayaan, kos perjalanan pulang ke kampung halaman serta pemberian angpow semestinya memerlukan wang tambahan.

Oleh itu, tabungan awal amatlah digalakkan bermula sekarang. Sebagai contoh, bagi umat Islam yang menyambut Aidilfitri, anda masih punya kira-kira empat bulan untuk membuat tabungan.

Di samping menabung, perlu juga dipastikan agar diri tidak berbelanja berlebih-lebihan sehingga membazir untuk sambutan hari raya kerana ia adalah satu perbuatan yang ditegah agama.

Perlu juga diingatkan bahawa kenaikan harga barang keperluan juga boleh merumitkan lagi keadaan. Harga ikan dan sayur di pasar-pasar borong semakin meningkat, harga petrol juga tidak menunjukkan tanda penurunan setakat ini.

Dalam dunia hari ini, penjanaan pendapatan tambahan boleh dibuat dengan pelbagai cara. Tinggal pilih sahaja yang mana disukai.

Bagi yang suka berniaga boleh memilih untuk melakukan perniagaan secara konvensional mahupun dalam talian. Jika tiada produk sendiri untuk diniagakan, menjadi ‘dropshipper’ adalah satu pilihan yang semakin diminati hari ini.

Pemerhatian penulis juga mendapati ramai kaum wanita yang menyediakan perkhidmatan menjual kek ‘home made’ dan juadah makan tengah hari. Ada juga yang menjual produk kosmetik, produk kesihatan dan keperluan dapur.

Ada juga yang mengambil upah menjadi tutor, guru tiusyen, perkhidmatan
penterjemahan, menjahit pakaian.

Turut mendapat sambutan hangat dengan menjadi pemandu teksi sapu dalam talian seperti Uber dan Grabcar.

Apa yang penting, setiap penjawat awam perlu faham bahawa pembayaran gaji awal dibuat semata-mata untuk kemudahan mereka, tetapi dalam masa yang sama mereka perlu menyesuaikan diri dengan situasi-situasi yang mendatang.

(Komentar ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak membayangkan pendirian BERNAMA dalam apa yang diperkatakan oleh penulis) – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mmqThA

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

Pada bulan-bulan lain, sela hari antara gaji adalah seperti biasa antara 28 ke 30

Loading...
hari.

dengan itu Perkara Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari

yang semua artikel Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/fikirlah-siap-siaga-untuk-hidup-tanpa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Fikirlah: Siap Siaga Untuk Hidup Tanpa Gaji 42 Hari"

Catat Ulasan

Loading...