Loading...

Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan

Loading...
Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan
link : Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan

lihat juga


Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan

KUALA TERENGGANU: Empat kawasan PAS di Terengganu yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri Satiful Bahri Mamat berkata 4 kawasan itu ialah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
“Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar PAS nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh majlis syura.
“Bagi PAS Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan… seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar PAS berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Ditanya mengenai keputusan 4 lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, Satiful berkata keempat-empat kawasan itu sudah selesai mengadakan mesyuarat agung sebelum isu kerjasama dengan PKR kembali hangat diperkatakan.
Beliau berkata usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh wanita PAS pada muktamar tahun lalu.
“Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut,” katanya.
Ketika ditanya adakah PAS akan terjejas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang sekiranya majlis syura bersetuju untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Satiful berkata PAS Terengganu dijangka tidak mempunyai masalah besar dalam hal itu.
“Terengganu tak ada masalah sangat, tapi tak tahu di negeri lain macam Selangor. Tapi ini perkara yang berbeza kerana sekarang adalah hubungan antara parti dengan parti, bukan PAS dalam kerajaan,” katanya.
Semalam, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR. #sumber

KUALA TERENGGANU: Empat kawasan PAS di Terengganu yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri Satiful Bahri Mamat berkata 4 kawasan itu ialah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
“Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar PAS nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh majlis syura.
“Bagi PAS Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan… seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar PAS berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Ditanya mengenai keputusan 4 lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan
Loading...
Setiu, Satiful berkata keempat-empat kawasan itu sudah selesai mengadakan mesyuarat agung sebelum isu kerjasama dengan PKR kembali hangat diperkatakan.
Beliau berkata usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh wanita PAS pada muktamar tahun lalu.
“Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut,” katanya.
Ketika ditanya adakah PAS akan terjejas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang sekiranya majlis syura bersetuju untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Satiful berkata PAS Terengganu dijangka tidak mempunyai masalah besar dalam hal itu.
“Terengganu tak ada masalah sangat, tapi tak tahu di negeri lain macam Selangor. Tapi ini perkara yang berbeza kerana sekarang adalah hubungan antara parti dengan parti, bukan PAS dalam kerajaan,” katanya.
Semalam, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR. #sumber



dengan itu Perkara Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan

yang semua artikel Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/empat-kawasan-pas-terengganu-pula-lulus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empat Kawasan PAS Terengganu Pula Lulus Usul Putus Hubungan"

Catat Ulasan

Loading...