Loading...

Eleena pilih fokus muzik

Loading...
Eleena pilih fokus muzik - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Eleena pilih fokus muzik, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Eleena pilih fokus muzik
link : Eleena pilih fokus muzik

lihat juga

Eleena pilih fokus muzik

Pernah dikenali dengan lagu Terlalu Rindu tahun lalu, kini Eleena Harris, 21, mempertaruhkan pula single ketiga, Iya Iya genre pop ciptaan DJ Fuzz dan lirik ditulis kumpulan Viral.

Eleena akui selesa menyanyikan lagu pop apatah lagi melodi dan lirik single Iya Iya sesuai dengan vokalnya. Dia juga teruja kerana Iya Iya bakal menjadi lagu tema untuk satu drama baru tidak lama lagi.

Katanya, ia peluang yang baik untuk publisiti Iya Iya dan berharap lagu itu diterima dengan baik.

“Selepas tamat pengajian, kini fokus saya pada bidang nyanyian kerana saya suka dan minat menyanyi. Malah tak sangka saya ada bakat mencipta lagu.

“Dengan bakat yang ada, saya cuba sedaya-upaya mengembangkannya sebaik mungkin. Saya pun tidak akan menyanyi selama-lamanya.

“Sampai masa, saya menyimpan impian untuk aktif bekerja di belakang tabir. Namun, kini saya dalam peringkat mengumpul pengalaman,” katanya.

Baru menamatkan pengajian jurusan Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Eleena berkata, meskipun kini aktif dalam penciptaan lagu, dia tetap beri ruang pada karier nyanyiannya.

Katanya, dia amat meminati Meghan Trainor dan mempunyai angan-angan besar yang tersemat di hati.

“Sebenarnya saya bercita-cita menghasilkan lagu sehebat Meghan. Dia idola saya. Saya sukakan muzik dan lagu dinyanyikan Meghan. Kebanyakan lagunya mempunyai melodi ‘catchy’ dan sedap didengar,” katanya.

Selain single baru, Eleena atau Wan Eleena Wan Harris teruja apabila namanya tersenarai dalam pencalonan awal dua anugerah berprestij.

Katanya, walaupun belum dicalon hingga ‘Top 5’, tersenarai peringkat awal pun memadai.

“Saya tak sangka nama dicalonkan untuk kategori Penyanyi Meletop dalam Anugerah MeleTop Era 2017 (AME 2017).

“Tidak itu saja, saya dan Mark Adam juga dicalon untuk lagu duet Hanya Dirimu dalam persaingan Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017),” katanya.

Antara menyanyi solo dan duet, gadis kelahiran ibu kota ini sentiasa bersikap terbuka. Dia tidak kesah kalau menyanyi solo atau pun duet. Apa yang penting lagu dinyanyikan sesuai.

“Saya utamakan gandingan bersama pasangan penyanyi untuk lagu kerana keserasian penting dalam bekerjasama,” katanya.

Selesa berkongsi karya ciptaannya bersama penyanyi lain, Eleena berkata, dia juga berhasrat mencipta lagu untuk penyanyi terkenal tanah air.

“Antaranya jika ada peluang, saya ingin mencipta lagu istimewa buat Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Tak salahkan, untuk menyimpan impian. Mana tahu ada rezeki juga suatu hari nanti,” katanya.

Mengenai pembabitannya dalam bidang seni lain seperti lakonan dan pengacaraan, Eleena ada alasan sendiri.

“Kalau bidang pengacaraan saya kurang minat tetapi untuk lakonan pula saya teringin juga mencuba. Bagaimanapun, semuanya tetap bergantung pada peluang. Sebagai penggiat seni, saya amat terbuka,” katanya.

Eleena juga berusaha mengelak daripada terkait gosip dengan cara berhati-hati. Kalau boleh jangan sekali-kali dirinya terpalit dengan gosip sensasi.

“Jika ia gosip positif, tak mengapa. Bagi saya, tidak semua gosip berunsur negatif. Apa pun, ada baiknya berhati-hati,” katanya.

The post Eleena pilih fokus muzik appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nWSoPo

✍ Sumber : ☕ Berita Viral

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

Antara menyanyi solo dan duet, gadis kelahiran ibu kota ini sentiasa bersikap terbuka. Dia tidak kesah kalau menyanyi solo atau pun

Loading...
duet. Apa yang penting lagu dinyanyikan sesuai.

“Saya utamakan gandingan bersama pasangan penyanyi untuk lagu kerana keserasian penting dalam bekerjasama,” katanya.

Selesa berkongsi karya ciptaannya bersama penyanyi lain, Eleena berkata, dia juga berhasrat mencipta lagu untuk penyanyi terkenal tanah air.

“Antaranya jika ada peluang, saya ingin mencipta lagu istimewa buat Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Tak salahkan, untuk menyimpan impian. Mana tahu ada rezeki juga suatu hari nanti,” katanya.

Mengenai pembabitannya dalam bidang seni lain seperti lakonan dan pengacaraan, Eleena ada alasan sendiri.

“Kalau bidang pengacaraan saya kurang minat tetapi untuk lakonan pula saya teringin juga mencuba. Bagaimanapun, semuanya tetap bergantung pada peluang. Sebagai penggiat seni, saya amat terbuka,” katanya.

Eleena juga berusaha mengelak daripada terkait gosip dengan cara berhati-hati. Kalau boleh jangan sekali-kali dirinya terpalit dengan gosip sensasi.

“Jika ia gosip positif, tak mengapa. Bagi saya, tidak semua gosip berunsur negatif. Apa pun, ada baiknya berhati-hati,” katanya.

The post Eleena pilih fokus muzik appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nWSoPo

✍ Sumber : ☕ Berita Viral

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Eleena pilih fokus muzik

yang semua artikel Eleena pilih fokus muzik Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Eleena pilih fokus muzik dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/eleena-pilih-fokus-muzik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Eleena pilih fokus muzik"

Catat Ulasan

Loading...