Loading...
Tajuk : Dua Pasangan Utama Negara Kita Mara Ke Suku Akhir Terbuka India !
link : Dua Pasangan Utama Negara Kita Mara Ke Suku Akhir Terbuka India !
Dua Pasangan Utama Negara Kita Mara Ke Suku Akhir Terbuka India !
KUALA LUMPUR: Dua gandingan negara iaitu beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta pasangan campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mara ke suku akhir Siri Super Terbuka India di Stadium Tertutup Siri Fort, di New Delhi pada Khamis.
V Shem-Wee Kiong yang juga pilihan utama kejohanan, mara selepas menewaskan gandingan Malaysia/Indonesia, Tan Boon Heong-Hendra Setiawan 21-10, 21-17 di pusingan kedua, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia www.bwfbadminton.org.
Di suku akhir pada Jumaat, mereka akan berdepan naib juara Seluruh England, Li Junhui-Liu Yuchen dari China yang menyingkirkan pilihan kelima, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 21-12, 23-21.
Peng Soon-Liu Ying yang juga beregu campuran nombor satu negara mara selepas menundukkan gandingan Indonesia, Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja 21-11, 21-19.
Di suku akhir, mereka akan berdepan pemenang perlawanan antara Kim Gi Jung-Shin Seung Chan dari Korea Selatan dan Mathias Christiansen-Sara Thygesen dari Denmark.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam tiga acara lain - perseorangan lelaki dan wanita serta beregu wanita - di kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$325,000 (RM1.436 juta).
Juara tiga kali Terbuka India, Datuk Lee Chong Wei tidak mengambil bahagian untuk memberi tumpuan bagi menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke-12 di Kuching, Sarawak dari 4-9 April. #sumber

dengan itu Perkara Dua Pasangan Utama Negara Kita Mara Ke Suku Akhir Terbuka India !
yang semua artikel Dua Pasangan Utama Negara Kita Mara Ke Suku Akhir Terbuka India ! Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Dua Pasangan Utama Negara Kita Mara Ke Suku Akhir Terbuka India ! dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/dua-pasangan-utama-negara-kita-mara-ke.html
0 Response to "Dua Pasangan Utama Negara Kita Mara Ke Suku Akhir Terbuka India !"
Catat Ulasan