Loading...

Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat

Loading...
Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat
link : Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat

lihat juga


Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat


NEW YORK – Sekurang-kurangnya dua penumpang perempuan yang memakai ‘legging’ tidak dibenarkan menaiki penerbangan United Airlines pada Ahad lalu.

Ini kerana mereka tidak mematuhi kod pakaian penumpang, kata operator penerbangan Amerika Syarikat (AS) itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Menurut satu siri kenyataan penumpang lain di Twitter, yang memperkenalkan diri sebagai pengasas kumpulan penyokong kawalan ke atas senjata api, dua penumpang itu diminta untuk menukarkan pakaian.

Mereka juga diberi pilihan untuk menutupi ‘legging’ dengan pakaian lain sebelum dibenarkan untuk menaiki penerbangan domestik dari Denver ke Minneapolis.

“Penumpang-penumpang pada pagi ini merupakan pemegang ‘pas perjalanan’ United yang tidak mematuhi polisi kod pakaian kami untuk perjalanan,” kata syarikat itu di Twitter berikutan insiden tersebut tular di media sosial.

Dalam kicauan lain sebagai tindak balas kepada soalan daripada pengguna media sosial, syarikat penerbangan itu berkata: “Pakaian kasual untuk penumpang bertiket dibenarkan. Penumpang pada hari ini merupakan pemegang ‘pas perjalanan’ United dan mengikut garis panduan berbeza.”

Pemegang ‘pas perjalanan’ United merupakan kakitangan syarikat penerbangan itu atau ahli keluarga mereka.

Seorang penumpang, Shannon Watts menyuarakan pandangannya di Twitter apabila memaklumkan mengenai larangan terhadap salah seorang penumpang yang merupakan budak perempuan berumur 10 tahun kerana memakai ‘legging’.

Watts berkata, budak perempuan itu dibenarkan menaiki penerbangan mereka selepas menukarkan pakaian atau memakai pakaian lain bagi menutupi ‘legging’ mereka.

“Tindakan ini adalah seksis dan bersifat seksual terhadap budak perempuan,” kata Watts di Twitter. – Reuters/mStar Online

NEW YORK – Sekurang-kurangnya dua penumpang perempuan yang memakai ‘legging’ tidak dibenarkan menaiki penerbangan United Airlines pada Ahad lalu.

Ini kerana mereka tidak mematuhi kod pakaian penumpang, kata operator penerbangan Amerika Syarikat (AS) itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Menurut satu siri kenyataan penumpang lain di Twitter, yang memperkenalkan diri sebagai pengasas kumpulan penyokong kawalan ke atas senjata api, dua penumpang itu diminta untuk menukarkan pakaian.

Mereka juga diberi pilihan untuk menutupi ‘legging’ dengan pakaian lain sebelum dibenarkan untuk menaiki penerbangan domestik dari Denver ke Minneapolis.

“Penumpang-penumpang pada pagi ini merupakan pemegang
Loading...
‘pas perjalanan’ United yang tidak mematuhi polisi kod pakaian kami untuk perjalanan,” kata syarikat itu di Twitter berikutan insiden tersebut tular di media sosial.

Dalam kicauan lain sebagai tindak balas kepada soalan daripada pengguna media sosial, syarikat penerbangan itu berkata: “Pakaian kasual untuk penumpang bertiket dibenarkan. Penumpang pada hari ini merupakan pemegang ‘pas perjalanan’ United dan mengikut garis panduan berbeza.”

Pemegang ‘pas perjalanan’ United merupakan kakitangan syarikat penerbangan itu atau ahli keluarga mereka.

Seorang penumpang, Shannon Watts menyuarakan pandangannya di Twitter apabila memaklumkan mengenai larangan terhadap salah seorang penumpang yang merupakan budak perempuan berumur 10 tahun kerana memakai ‘legging’.

Watts berkata, budak perempuan itu dibenarkan menaiki penerbangan mereka selepas menukarkan pakaian atau memakai pakaian lain bagi menutupi ‘legging’ mereka.

“Tindakan ini adalah seksis dan bersifat seksual terhadap budak perempuan,” kata Watts di Twitter. – Reuters/mStar Online


dengan itu Perkara Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat

yang semua artikel Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/dilarang-pakai-legging-dalam-pesawat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat"

Catat Ulasan

Loading...