Loading...

Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’

Loading...
Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’ - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’
link : Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’

lihat juga

Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’

Spread the love

JIKA kebiasaannya kerbau memiliki warna kelabu atau coklat, namun berbeza pula pada seekor kerbau milik pemuda dari Kampung Gemuruh, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu.

Ini kerana, kerbau bernama Mickey ini memiliki kulit warna seakan-akan ‘pink’ atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai merah jambu.

Pun begitu, usahlah begitu pelik dengan warna kulitnya kerana sebenarnya haiwan ini merupakan kerbau albino.

Menurut pemiliknya, Wan Mohd Yusof Wan Jafar, 31, dia sanggup mengunakan wang simpananya sebanyak RM7,000 untuk membeli kerbau seberat lebih 800 kilogram itu.

Bercerita mengenai haiwan unik itu, Wan memberitahu, dia membeli Mickey pada seorang penternak di Pekan, Pahang.

“Saya mula minat dan berhasrat membeli kerbau yang dipanggil Mickey itu ketika haiwan itu berusia dua bulan tetapi ketika itu pemilik asalnya yang menetap di Pekan, Pahang enggan menjualnya.

“Enam tahun saya bersabar dan pada masa sama mengumpul wang untuk membeli Mickey sehingga akhirnya pemiliknya menjual kerbau albino jantan itu kepada saya pada awal Disember tahun lalu kerana melihat kesungguhan saya.

“Jika 40 hingga 50 tahun dulu, penternak tidak menyukai kerbau berwarna albino seperti itu kerana ia pelik dan berbeza daripada kelaziman kerana warna asli kerbau ialah coklat kehitaman.

“Tetapi zaman sudah berubah, warna yang pelik daripada kebiasaan itu biasanya diminati dan dianggap unik, sekali gus mendapat tawaran harga yang melambung tinggi.

“Kerbau albino itu unik berbanding kerbau biasa kerana warnanya yang putih kemerahan seakan-akan warna merah jambu,” katanya kepada Harian Metro.

Wan yang menjadi penternak haiwan itu sejak berusia 15 tahun akui puas hasratnya untuk membeli kerbau albino atau lebih popular dalam kalangan penternak sebagai kerbau balar itu tercapai.

Sementara itu, Wan memberitahu, ramai penternak yang menjenguk Mickey termasuk ada menawarkannya dengan harga tinggi untuk mendapatkan kerbau albino miliknya itu.

Pun begitu, atas rasa sayang dan minat terhadap Mickey, Wan sukar untuk melepaskan kerbau yang dibela sejak empat bulan lalu itu.

“Terbaru Mickey ditawarkan dengan harga RM10,000 tetapi saya menolaknya dengan baik kerana masih sayang untuk menjualnya.

“Selain warnanya unik, Mickey juga jinak dan memang sesuai dijadikan haiwan kesayangan, justeru agak sukar untuk saya menjualnya,” katanya.

Bagi mata pandangan perempuan, pastinya merasakan warna kulit Mickey ini comel bukan?. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mX0tmk

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’

yang semua artikel Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’ Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’ dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/comelnya-penternak-ini-miliki-kerbau.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Comelnya… Penternak Ini Miliki Kerbau Warna ‘Pink’"

Catat Ulasan

Loading...